Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq memilih untuk menghantar sendiri kad jemputan perkahwinannya dengan pelakon, Bella Astillah kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Pertemuan yang berlangsung hampir dua jam itu turut dimanfaatkan Syed Saddiq dan Bella untuk mendapatkan nasihat serta pesanan daripada Wan Azizah mengenai kehidupan berumah tangga.
Syed Saddiq berkata, Wan Azizah merupakan antara individu yang dianggapnya paling layak untuk memberikan pandangan mengenai rumah tangga, pengorbanan dan kesetiaan berdasarkan pengalaman dilaluinya. “Kalau nak cari orang paling layak beri nasihat tentang rumah tangga, pengorbanan dan kesetiaan, susah nak lawan beliau.
Beliau memahami selok-belok dunia politik. Beliau tahu besarnya pengorbanan seorang isteri dan seorang ibu. Diuji berkali-kali, dalam keadaan yang bukan mudah, tetapi tetap teguh dan setia bersama keluarga. Sebab itu bagi saya, beliau ialah ‘Malaysia’s Compassionate Iron Lady’,” katanya menerusi hantaran di media sosial.
Syed Saddiq turut mengenang pengalamannya pernah berkhidmat bersama Wan Azizah dalam Kabinet, yang disifatkannya sebagai satu penghormatan dan keistimewaan yang sentiasa dihargai. Katanya, pertemuan kali ini bagaimanapun bukan atas urusan Kabinet, sebaliknya bagi menyampaikan kad jemputan perkahwinannya bersama Bella.
“Terima kasih Dato’ Seri atas hampir dua jam nasihat, cerita dan pesanan untuk kami berdua. Insya-Allah, nasihat itu kami bawa masuk ke alam perkahwinan,” katanya. Sumber: Omm. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
