Kongsikan momen sebak tinggalkan anak anak, Shila Amzah berangkat ke China untuk urusan kerja

Advertisements
Advertisements

Penyanyi Shila Amzah berkongsi momen menyambut hari lahir anaknya, Seth Uwais, sebelum berangkat ke China untuk urusan kerja. Menerusi video yang dikongsikan di Instagram, Shila dilihat mengadakan sambutan sempena ulang tahun kelahiran Seth yang ke-7 bersama keluarga. Ujar Shila, hari jadi anak lelakinya itu jatuh pada 31 Ogos lalu bagaimanapun mereka meraikannya pada Hari Malaysia. Klik sini untuk lihat video.

“Hari jadi Seth sebenarnya pada 31 Ogos, tapi kami buat keputusan untuk sambut pada Hari Malaysia. Saya sempat buat sambutan kecil untuk Seth sebelum berangkat ke China.” Menurut pelantun lagu Masih Aku Cinta itu, berjauhan dengan anak-anak atas tuntutan kerjaya bukanlah sesuatu yang mudah baginya. 

Namun, dia sentiasa mengingatkan diri bahawa segala pengorbanan yang dilakukan adalah demi masa depan mereka. “Meninggalkan mereka untuk pergi bekerja memang selalu menjadi perkara yang sukar. Saya selalu ingatkan diri sendiri untuk terus kuat sebab apa yang saya lakukan ini adalah untuk mereka, untuk masa depan mereka.”

Dalam hantaran sama, Shila turut meluahkan rasa kasihnya terhadap Seth selain berharap anak lelakinya itu membesar dengan baik. “Semoga Seth menjadi anak yang soleh. Mama, papa dan semua orang sayang Seth sangat-sangat, wahai anak mama. Mama harap mama dapat buat Seth bangga. Saya tulis ini dalam kapal terbang dengan hati yang sangat berat.”

Lebih menyentuh hati, Shila turut berkongsi kata-kata Seth yang sering memintanya supaya tidak terlalu bekerja keras dan sentiasa gembira. “Seperti yang selalu Seth cakap kepada mama, “Mama, mama kena kerja dengan mudah. Dan kena gembira. Dia tak nak mama bekerja terlalu kuat dan terlalu penat. Itu satu peringatan yang sangat besar daripada anak kecil mama. Baru berusia tujuh tahun, tapi sudah mempunyai kebijaksanaan seperti itu.”

Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Leave a comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Exit mobile version