Rakan baik Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Adam Mohd Muhayeddin berkongsi hadiah istimewa yang diterima daripada Ahli Parlimen Muar itu selepas menjadi antara ‘dulang boy’ pada majlis pernikahannya bersama Bella Astillah. Menerusi Threads, Adam memuat naik beberapa foto memperlihatkan sebuah buku nota yang diberikan Syed Saddiq kepada barisan ‘dulang boy’ dan ‘dulang girl’.
Menariknya, buku nota tersebut turut dibalut kemas menggunakan kain bercorak batik sehingga memberikan sentuhan lebih eksklusif dan peribadi. “Bila kau ada kawan baik yang nerdy. Hadiah dari Syed Saddiq kepada Dulang Boy and Dulang Girl. Buku nota. Thank you Saddiq!” tulisnya.
Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq selamat diijabkabulkan dalam sebuah majlis yang berlangsung di Merdeka 118 Precinct. Majlis tersebut turut mencuri perhatian menerusi pelbagai momen termasuk kemunculan barisan ‘dulang boy’ dan ‘dulang girl’ yang membawa hantaran pasangan berkenaan.
Sumber: Gempak. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
