Selain program Penuhkan Peti Ais, Amaris turut akan melaksanakan program Rumah Baharu Asnaf pada Ramadan. Hasrat pelakon Putra Amaris untuk membina sebuah rumah untuk golongan asnaf bakal terlaksana pada bulan Ramadan akan datang. Amaris atau sebelum ini dikenali sebagai Amran Ismail berkata anggaran keseluruhan kos untuk membina rumah tersebut sekitar RM80,000 hingga RM100,000 yang merupakan sumbangan daripada rakan-rakan serta beberapa pihak.
Menurut pelakon berusia 36 tahun ini, dia bersama Pertubuhan Kebajikan Dapur Pasak Kuala Lumpur akan memilih sebuah keluarga asnaf yang sudah berada dalam senarai mereka.
Amaris sasaran 1,000 keluarga untuk program Penuhkan Peti Ais.
“Saya dah lama simpan niat nak buat rumah untuk golongan asnaf atau yang sangat memerlukan. Tapi kalau nak buat sendiri, memang tak mampu. Kebetulan rakan saya turut mempunyai hasrat yang sama. “Alhamdulillah, tercetus la idea nak buat satu rumah untuk asnaf pada bulan Ramadan. Anggaran sebuah rumah untuk keseluruhan lebih kurang RM80,000 hingga RM100,000. “Insya-Allah projek rumah ini akan bermula pada 1 Ramadan selama lebih kurang 26 hingga 30 hari. Untuk lokasi dan penerima bertuah itu nanti kami akan update.
“Buat masa ini kami sudah ada data based untuk golongan asnaf. Kami akan pilih satu keluarga yang betul-betul memerlukan rumah. Pemilihan lokasi sekitar Lembah Klang,” katanya kepada mStar.
Untuk lokasi dan penerima bertuah itu nanti kami akan update.
Amaris ditemui ketika sidang media Qaseh Infaq Ramadan #Samasamakenyang yang diadakan di Hotel Eastin Kuala Lumpur, Petaling Jaya, pada Ahad. Dalam pada itu, Amaris memberitahu selain projek Rumah Baharu Asnaf, mereka juga mewujudkan sebuah program baharu iaitu Penuhkan Peti Ais yang menyasarkan lebih 1,000 buah rumah di sekitar Lembah Klang. Anggaran kos setiap keluarga sekitar RM200 hingga RM500, pelakon drama Andainya Takdir 2 ini masih mengalu-alukan mana-mana pihak yang sudi memberi tajaan khususnya dari segi kewangan dan barangan keperluan.
Amaris bekerjasma dengan Pertubuhan Kebajikan Dapur Pasak.
“Selain projek rumah, saya dan team yang lain juga mewujudkan satu program iaitu penuhkan peti ais bermula Ramadan ini. Insya-Allah program itu akan melibatkan 1,000 buah rumah di sekitar Kuala Lumpur. “Anggaran untuk kos barangan keperluan basah dan kering sekitar RM200 sehingga RM500. Alhamdulillah, tahun ini saya menerima banyak tajaan dan ramai yang hubungi saya untuk beri sumbangan. “Tapi kami sangat mengalu-alukan mana-mana pihak, jutawan atau dermawan yang nak salurkan sumbangan terutama dari segi kewangan atau barangan keperluan,” ujarnya. Sumber: mstar.
Tak Kisah Masih Keseorangan. Ketahui 4 Tanda Anda Mungkin Termasuk Golongan Takut Komitmen.
Ada yang lebih rela hidup bersendirian kerana takut terhadap komitmen dalam hubungan. Mencari pasangan bukan hanya untuk mengisi kekosongan diri dan mengharap cinta tetapi mengajar diri kita untuk menerima kelebihan dan kekurangan seseorang dengan ikhlas. Pendek kata, menjalin hubungan dengan seseorang memerlukan komitmen tinggi apatah lagi sekiranya mengambil keputusan untuk mendirikan rumah tangga. Akan tetapi, ada juga yang memilih untuk menjalani hidup sendirian berbanding berkomitmen dengan seseorang. Mengapa golongan ini takut untuk berpasangan?Empat sebab berikut mungkin jawapannya:
1. Sabotaj hubungan sendiri
Jika anda selalu mencari masalah ketika sesebuah hubungan itu sedang berjalan dengan baik, ada kemungkinan anda sedang mensabotaj percintaan sendiri. Perkara ini biasanya berlaku disebabkan anda takut untuk memberi komitmen terhadap pasangan. Anda akan selalu berasa tidak selesa apabila bersama si dia dan sentiasa mencari alasan bertengkar dengan harapan hubungan itu akan berakhir.
2. Tiada alasan jelas takut komitmen
Seseorang itu mungkin tidak ingin berkahwin kerana dua alasan berbeza. Salah satunya adalah kerana tidak percaya kepada perkahwinan dan mungkin fobia untuk memberi komitmen. Alasan kedua itu mungkin dirasakan kerana faktor sekeliling seperti melihat perpecahan keluarga sendiri atau orang di sekelilingnya. Tetapi anda juga mungkin tidak tahu alasan disebalik enggan berkahwin apabila ditanya kerana merasakan tiada alasan tertentu mengapa anda berbuat demikian.
3. Tipu perasaan sendiri
Golongan seperti ini biasanya takut apabila perasaan dan diri mereka yang sebenar diketahui orang lain. Atas sebab itu juga anda enggan menjalinkan sebarang hubungan atau mempunyai komitmen dengan si dia. Anda bimbang semua perkara tentang diri anda terbongkar. Kebiasaannya golongan ini mahu merasai kebahagiaan tetapi kerana perlu menipu perasaan sendiri, jadi terpaksa telan semuanya sendiri.
4. Menolak kerana alasan tak munasabah
Ketika menyukai seseorang, anda menolaknya kerana alasan tidak munasabah misalnya kerana rupa paras atau imejnya yang tidak kena di mata anda. Pokoknya, anda akan mencari alasan mengarut untuk menolak seseorang yang hadir dalam hidup anda dan ia mungkin tanda anda takut komitmen.