Pelakon terkenal Datuk Rosyam Nor menawarkan ganjaran sebanyak RM1,000 kepada sesiapa yang menjumpai kucing kesayangannya yang hilang sejak 2 Mac lalu. Rosyam Nor atau nama sebenarnya Mohamed Noor Shamsuddin, 55, menerusi Instastory turut memuat naik foto kucingnya yang diberi nama Midnight. Menerusi perkongsian itu, Rosyam juga menyenaraikan ciri-ciri kucing perliharaannya yang dilihat kali terakhir di Seksyen 11, Kota Damansara. Jadi, saya harap sesiapa yang jumpa kucing saya, boleh DM saya.
“Kucing hilang. Ganjaran: RM1,000. ‘Midnight’. Kali terakhir dilihat pada 2 Mac 2022 di Seksyen 11, Kota Damansara. “Jantan, kacukan breed, hitam keperangan, mata hijau, ekor panjang, berisi, tiada kolar, tiada jalur, sangat manja dengan orang,” tulisnya. Menurut pelakon filem KL Gangster ini, seluruh keluarga berasa kehilangan dan berharap sesiapa yang menjumpai kucing itu akan memulangkannya semula.
Rosyam mengakui dia berasa bimbang sekiranya ada individu yang mengambil kucingnya secara tidak sengaja memandangkan ia mudah mesra dengan orang lain.
Rosyam bimbang individu terambil kucingnya yang mudah manja dengan orang
“Dah beberapa hari kucing saya namanya Midnight, tak balik-balik. Saya bela kucing ini daripada ibunya dan usia dia dah lebih lima tahun. “Jadi, saya harap sesiapa yang jumpa kucing saya, boleh DM saya. Sebab saya dah rindu pada dia. Saya cari dia… seluruh keluarga rasa kehilangannya. “Adik dia ada, tapi dia tak ada. Badan dia besar, manja dengan semua orang. Sesiapa terjumpa, minta tolong beritahu. “Sesiapa terambil, sebab dia cantik dan besar, minta dipulangkan semula… tolong,” kata Rosyam Nor. Sumber: mstar.
Rupanya Dauh Sireh Dan Asam Jawa Mampu Rawat Masalah Kulat Si Bulus. Ini Keterangan Lebih Lanjut.
Masalah kulat pada kucing adalah perkara biasa. Masalah kulat seperti ringworm atau dermatophytosis adalah salah satu penyakit yang kerap menyerang si bulus terutamanya kucing jalanan. Terdapat beberapa tanda kucing anda mengalami masalah kulat seperti luka di bahagian kepala, telinga, leher dan kaki bahagian depan. Kulat itu bukan sahaja mudah berjangkit kepada kucing yang lain ia boleh menyebabkan masalah lain seperti kemunculan kurap yang berwarna merah-kemerahan dan bulunya akan gugur.
Asam jawa dan daun sireh dikatakan mampu merawat luka dan masalah kulat pada kucing.
Sekiranya kucing anda mengalami gejala-gejala tersebut, sebaik-baiknya segera membawanya ke klinik veterinar untuk mendapatkan rawatan sebaiknya. Tindakan membiarkan perkara itu dan menganggap ia akan pulih dengan sendirinya boleh menyebabkan kucing anda dalam keadaan bahaya termasuk k3matian. Bagaimanapun ada pula yang menyarankan rawatan dengan menggunakan bahan semula jadi seperti daun sireh dan asam jawa untuk menangani masalah kulat pada kucing. Dikatakan, daun sireh yang ditumbuk dan digaul bersama asam jawa boleh disapu ke bahagian yang terkesan dan ia akan sembuh dengan lebih cepat.
Jika kucing menunjukkan sebarang masalah adalah lebih baik membawanya ke klinik.
Namun adakah benar dua bahan ini dapat memulihkan penyakit itu? Sebenarnya tiada bukti secara sainstifik menunjukkan bahawa asam jawa dan daun sireh mampu menghilangkan kulat pada kucing malah ia jauh daripada standard perubatan haiwan. Sebaliknya, perkara utama yang perlu dilakukan oleh pemilik kucing adalah dengan terus membawanya berjumpa doktor untuk diperiksa tahap penyakit yang dialami si bulus. Kebiasaannya, doktor haiwan akan membuat pemeriksaan sampel bagi menentukan masalah sebenar dihadapi selain memberi ubat-ubatan yang sesuai kepada kucing. Sumber: mstar
Teringin Mahu Bela Si Bulus. Ketahui 5 Perkara Perlu Pertimbangkan Sebelum Bela Si Bulus.
Kucing berlainan jantina mempunyai sikap dan personaliti berbeza. Memelihara kucing yang sesuai dengan gaya hidup seseorang memerlukan beberapa pertimbangan termasuklah jenis jantina si bulus. Bagaimanapun ramai tidak mengambil berat tentang perkara ini padahal kucing jantan dan betina memiliki sifat dan personaliti berbeza yang dapat mempengaruhi pemiliknya. Jadi apa yang membezakan sifat kucing betina dan jantan?
1. Karakter fizikal
Satu perbezaan yang jelas di antara kucing jantan dan betina adalah berat badan mereka di mana kucing jantan lebih besar dan berat. Saiz kucing juga boleh disebabkan oleh faktor kacukan dan jenisnya.
2. Usia
Kucing betina diketahui dapat hidup lebih lama berbanding kucing jantan namun itu bukan perkara utama kerana umur kucing biasanya dipengaruhi pelbagai faktor termasuk penyakit, pemakanan dan kesihatannya.
3. Sikap dan personaliti
Kebiasaannya kucing jantan lebih bersikap terbuka dan ramah berbanding kucing betina meskipun tanggapan ini tidak sepenuhnya benar. Jika seseorang lebih gemarkan kucing yang tidak terlalu aktif, si bulus betina lebih sesuai. Pakar haiwan berpendapat, kucing jantan lebih ramah kerana ia tidak memiliki naluri keibuan dan membuatkan ia lebih mudah bergaul dengan kucing lain mahupun manusia. Bagaimanapun, ada juga kes di mana kucing betina lebih aktif dan ia boleh disebabkan pelbagai faktor seperti usia.
4. Perilaku antara kucing
Jika sudah ada kucing di rumah dan ingin membela yang lain – kucing betina mungkin lebih sesuai kerana perilakunya yang mudah menyesuaikan diri lebih cepat. Ini kerana kucing betina lebih cenderung bekerjasama dalam kelompok kucing manakala kucing jantan lebih bersikap teritorial terhadap kucing lain terutamanya kucing jantan. Kucing betina juga lebih selesa tinggal dalam ruang lebih kecil manakala kucing jantan lebih gemar berkeliaran dan tidak suka duduk terperap di sesuatu kawasan dalam tempoh lama.
5. Mencakar
Baik kucing jantan atau betina, mencakar adalah salah satu aktiviti kegemaran mereka namun kucing jantan lebih kerap melakukan perkara itu sebagai cara menanda wilayah mereka. Perilaku itu akan bertambah kerap jika terdapat kucing jantan lain yang cuba masuk ke dalam wilayahnya. Sumber: mstar