Pelakon Azlee Khairi bersyukur dikurniakan seorang isteri yang sangat memahami kerjayanya. Menurut Azlee, isterinya Nurul Hidayah sentiasa menjadi tulang belakang dan pembakar semangat buat dirinya untuk bekerja. “Seorang isteri yang memahami dan dia boleh terima kerjaya saya. Sebenarnya saya tahu jadual dan cara bekerja kadang-kadang hingga lewat malam. “Kalau orang yang tidak memahami, tidak boleh terima mungkin akan jadi isu dekat situ. Alhamdulillah isteri saya seorang yang sangat memahami. “Kadang-kadang waktu bekerja itu lebih banyak berbanding dengan keluarga, sebab itu bila ada masa terluang dengan keluarga saya akan habiskan masa bersama dengan mereka,” katanya ketika ditemui Gempak Mengulas mengenai keperibadian Nurul Hidayah selepas setahun mendirikan rumah tangga, Azlee menyatakan isterinya itu merupakan seorang ibu yang baik. “Selama saya mengenali isteri, dia mempunyai ciri-ciri seorang wanita saya rasa antara yang terbaik. “Sebab dia merupakan seorang ibu yang baik, boleh menjaga rumah tangga dan keselesaan kami ini bukan sahaja saling memahami tetapi mungkin juga lebih kepada telepati.
“Sebagai contoh kalau ada benda dia fikir, saya pun terfikir perkara yang sama. Kadang-kadang bila kami bercakap pun ada ayat yang tetap sama.“Sebenarnya kami ada keserasian dan persefahaman di situ. Alhamdulillah seperti yang anda semua lihat pada majlis ini bukan sahaja hari bahagia untuk kami berdua sahaja tetap dengan kebahagiaan ini juga kami kongsi dengan semua orang “Syukur pada Allah… Ini pertama kali kami berkumpul semula bersama keluarga dalam majlis resepsi dan doakanlah yang terbaik untuk kami,” ujarnya. Terdahulu, Azlee mendirikan rumah tangga bersama Nurul Hidayah yang juga merupakan kru penerbangan pada Januari tahun lalu. Majlis pernikahannya dibuat atas talian dan hanya membabitkan ahli keluarga dan sanak-saudara. Ini kerana Azlee menghormati pendirian isteri yang tidak mahu soal peribadi didedahkan. Sumber, gempak.
Rupanya Azlee Khairi sudah bernikah buat kali kedua, Ini penjelasan artis tersebut soal statusnya. Terbaru pelakon Azlee Khairi mengesahkan dia sudah pun mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama wanita pilihan, Nurul Hidayah atau Dhiya pada Januari 2021. Menurut Azlee atau nama sebenarnya, Azlee Khairi Zulah Hainee, perkahwinannya bersama Dhiya yang bertugas sebagai kru penerbangan itu dijalankan secara atas talian. “Ya, saya sudah bernikah buat kali kedua. Ini juga perkahwinan kedua buat isteri dan dikurniakan dua anak. Cuma saya tak boleh berkongsi butiran tepat mengenai isteri kerana dia tak gemar akan hal itu. “Alhamdulilah perkongsian hidup kami kini turut dikurniakan anak lelaki berusia lima bulan. “Majlis nikah kami pun secara atas talian secara sederhana dan dibuat membabitkan ahli keluarga serta sanak saudara masing-masing,” katanya.
Terdahulu, pelbagai spekulasi timbul susulan satu perkongsian gambar bersempena dengan sambutan hari lahirnya yang ke 33 tahun, baru-baru ini di Instagram. “Saya rasa ini waktu yang terbaik untuk menjelaskan perkara sebenar. Lagipun saya jenis yang tak suka menggembar gemburkan hal peribadi. “Cuma ada yang yang warganet salah faham dan mengandaikan saya sudah ada dua anak. Salah seorang itu, anak tiri saya sebenarnya,” katanya. Sementara itu, bintang drama Love You Mr Arrogant turut menjelaskan, dia dan isteri sepatutnya mengadakan majlis persandingan pada Mac tahun lalu. Bagaimanapun kerana situasi semasa COVID-19, perancangan itu tergendala. “Selepas setahun juga, majlis yang ditunda itu akan diadakan pada 18 Mac depan di sebuah lokasi di ibu kota. “Masa itu, saya akan berkongsi juga gambar pernikahan kami.
Saya kena hormat permintaan keluarga masing-masing,” katanya yang turut mengharapkan agar bahtera perkahwinan yang dibina dirahmati dan berkekalan buat selamanya. Azlee sebelum ini pernah berkahwin ketika namanya berada di puncak populariti dengan wanita dari Brunei sekitar tahun 2014 seterusnya menetap di sana. Namun sekitar November 2019, Azlee kembali ke Malaysia dan berlakon semula. Pada tahun 2020, dia turut mengesahkan yang dirinya bukan lagi berststus suami orang. Sumber4, media hiburan.
Gambar pelakon Azlee Khairi berpimpin tangan dengan seorang gadis yang dimuat naik dalam laman Instagram IG mencetuskan tanda tanya. Ramai menganggap sosok tubuh gadis dalam foto yang menyaksikan pemandangan matahari terbenam itu adalah pelakon, Puteri Aishah yang bergandingan dengannya menerusi drama Rahimah Tanpa Rahim, ketika ini. Duda kacak itu bagaimanapun tanpa berselindung menjelaskan, gadis dalam foto yang dimuat naik itu adalah teman wanita yang baru dikenalinya. “Kami masih dalam proses mengenali antara satu sama lain. Jujurnya, hubungan ini juga baru sahaja mekar. “Secara kebetulan, foto bersaksikan matahari terbenam itu cantik, jadi saya teruja mahu berkongsi dalam media sosial. Dia bukan daripada golongan seni dan memilih untuk tidak terlalu mendedahkan dirinya. Biarlah ia jadi misteri dan rahsia dahulu. “Saya menghormati cara menjaga privasi,” katanya kepada BH Online.
Pelakon yang pernah meledak menerusi drama Love You Mr Arrogant pada 2013 itu menjelaskan, hubungannya dengan ahli perniagaan dan pengasas produk kosmetik dikenali sebagai Aniss sudah berakhir. “Saya anggap tiada jodoh antara kami. Hubungan terjalin lebih setahun tidak mampu diselamatkan lagi. “Saya harap dengan pengakuan ini saya sudah tiada kena mengena dengannya. Saya mohon jangan mengaitkan saya dengan produk diusahakan,” katanya. Dalam perkembangan lain, Azlee yang pernah menyepi daripada radar seni dan kembali aktif pada November, tahun 2019 itu teruja apabila dua drama lakonannya sedang disiarkan di TV.
Selain drama Rahimah Tanpa Rahim yang disiarkan menerusi slot Akasia, TV3, satu lagi drama berjudul Hari Hari Jatuh Cinta terbitan Zeel Production siaran Awesome TV. Drama Hari Hari Jatuh Cinta buat kali pertama menggandingkan Azlee dengan Intan Ladyana. Turut berlakon, Oktovia Manrose, Gambit Saifullah, Mas Anizan dan ramai lagi. “Alhamdulillah, saya bersyukur dengan rezeki dikurniakan selepas kembali aktif berlakon. Dalam situasi pandemik COVID-19, kita digalakkan duduk di rumah, jadi saya berharap dua drama ini boleh dijadikan asbab untuk penonton berada depan kaca televisyen (TV). “Saya juga berterima kasih kepada produser dan pengarah yang masih memberi kepercayaan kepada saya sebagai teraju utama,” katanya. Sumber: Berita Harian