Sekarang ni pelbagai jenis barangan boleh dibuat salam kaut. Zaman dahulu apabila pergi majlis kenduri, mesti kita akan teruja untuk dapat gula-gula atau telur. Namun, zaman sekarang, idea doorgift kahwin dah makin kreatif, ada yang bagi cookies, macaron dan set sudu. Namun, di sebuah majlis perkahwinan di Jawa Tengah, Indonesia ini pula, keluarga pengantin telah bersepakat untuk memberikan tanaman kepada tetamu-tetamu mereka sebagai cenderahati. Keunikan doorgift majlis kenduri itu pada mulanya telah dikongsikan oleh salah seorang tetamu majlis yang dikenali sebagai anisusanti.15 menerusi TikTok baru-baru ini. Dalam video tersebut, wanita berkenaan mengatakan itu merupakan pertama kali dia menerima doorgift seumpama itu ketika memenuhi undangan majlis kahwin rakannya ketika zaman belajar dulu.
Dapat dilihat bahawa tanaman-tanaman hijau itu masih bersaiz kecil, mungkin sebab keluarga pengantin sengaja bagi anak pokok supaya pemilik barunya boleh mula untuk menjaganya hingga bertumbuh dengan baik nanti. Difahamkan, ada berbagai jenis pokok yang disediakan, jadi pokok yang seorang tetamu dapat tak semestinya sama dengan tetamu yang lain. Rata-rata warganet juga mengatakan idea tersebut sangat bagus kerana boleh membantu menghijaukan bumi. Ada juga warganet lain yang turut berkongsi bahawa mereka juga pernah mendapat doorgift yang sama ketika ke majlis kenduri beberapa tahun dulu. Ada yang siap cakap kalau mak dorang yang dapat tu memang akan happy sebab ada sesetengah mak-mak kan suka sangat tanam pokok macam ni. Kalau korang ada bajet lebih, apa salahnya berbelanja lebih untuk doorgift kahwin kan? Tetamu happy, alam sekitar pun makin hijau. Sumber, lobak merah.
Menarik Dan Banyak Manfaat. Ini Cara Mudah Tanam Bunga Telang. Bunga telang mempunyai pelbagai manfaat selain mudah ditanam dikawasan rumah. Bunga telang atau nama latinnya Clitoria ternatea merupakan sejenis tumbuhan yang cukup terkenal dengan warna biru tuanya yang cantik. Selain sesuai sebagai tanaman hiasan, bunga ini dikatakan mempunyai khasiat. Ia juga digunakan dalam campuran kosmetik, pewarna makanan, hinggalah minuman teh yang boleh membantu menurunkan berat badan. Menurut Healthline, bunga telang bermanfaat untuk menghalang pembentukan jaringan lemak sama aada sebagai diet atau makan seperti biasa. Bagaimanapun, selain pelbagai manfaat yang boleh didapati daripada bunga serba kebiruan itu, anda juga boleh menanamnya dengan cara mudah di kawasan rumah tanpa perlu membeli di luar. Caranya termasuklah;
Sediakan bibit bunga telang. Terlebih dahulu, asingkan benih yang boleh diguna dengan yang tidak sesuai disemai dengan merendamnya kira-kira 3-5 minit. Benih yang terapung di permukaan air bermakna tidak cukup baik untuk ditanam dan perlu dibuang. Kemudian, teruskan merendam benih yang tidak terapung lebih kurang 7 hingga 12 jam dengan tujuansupaya benih lebih mudah bercambah. Manakala, cara menanam bunga telang seterusnya ialah menyediakan tempat semaian dengan campuran tanah, pasir, dan bahan organik seperti baja. Kemudian sediakan bekas seperti pasu atau tin terpakai. Buat lubang di bahagian bawah bekas, isi dengan campuran semaian, kemudian tanamkan benih ke dalam semaian lebih kurang 0.8-1.2 cm. Jangan lupa pada bahagian atas perlu ditutup dengan beg plastik yang telah ditebuk. Walau bagaimanapun, tanaman itu perlu disimpan di tempat yang teduh dan lembap – tunas bunga telang akan muncul dalam 2-7 hari dan mengeluarkan 2 hingga 5 helai daun saat berusia lima minggu. Haruslah tanam bunga telang dari batang.
Apabila putik bunga sedia untuk ditanam, ia perlu dipindahkan dengan segera ke dalam pasu yang lebih besar. Caranya, letakkan kerikil di bahagian bawah periuk dan isi dengan campuran tanah, baja dan pasir. Setelah itu, sediakan kayu atau bahan lain yang boleh digunakan sebagai medium pembiakan bunga dan pasang pada jarak 4-8cm, barulah pucuk bunga dapat dipindahkan ke dalam pasu. Penjagaan bunga telang perlu dilakukan supaya tanaman tumbuh dengan baik dan subur, ia termasuk dalam proses menyiram tanaman, membaja, mengawal perosak yang mengancam, dan teliti akan persekitarannya. Untuk penyiraman, boleh lakukan mengikut medium penanaman, jika sudah lembap maka buat sekali sahaja pada waktu pagi atau petang. Manakala pembajaan hendaklah diberikan sekali dalam 2 minggu menggunakan baja organik atau baja kalsium. Dalam pada itu, bunga telang juga perlu diikat dengan halus dan betul mengikut aluran objek yang digunakan ketika tanaman mulai tumbuh dengan banyak, disamping dapat dituai selepas 49-73 hari. Sumber: mstar.