Tahukah anda beberapa hari lepas negara matahari terbit Jepun telah dilanda gempa bumi sekuat 7.3 skala Richter dan seperti biasa, bencana alam seumpama itu sudah semestinya akan menyebabkan sesetengah kemudahan awam di kawasan yang terlibat rosak. Namun, di Jepun, lebuh raya yang banyak rosak mengakibatkan kesusahan orang awam. Daripada tinjauan semasa mereka berjaya baiki semula semua jalan raya yang rosak dengan pantas dan boleh dilalui oleh orang ramai dalam tempoh tak sampai 24 jam pun. Selain itu, gambar kerja-kerja pembaikan lebuh raya yang retak di Tohoku Expressway itu telah dikongsikan oleh akaun Twitter rasmi Nippon Expressway Company atau juga dikenali sebagai NEXCO iaitu sebuah agensi yang ditugaskan untuk membaiki jalan raya yang rosak di seluruh negara Jepun.
Pada awalnya, syarikat NEXCO berkenaan mengumumkan di Twitter bahawa lebuh raya berkenaan terpaksa ditutup selama beberapa jam untuk kerja-kerja penyelenggaraan. Pihak mereka juga ada meminta maaf di atas kesulitan yang terjadi kepada pengguna jalan raya yang tidak dapat melalui jalan berkenaan sepanjang tempoh tersebut. Menerusi Tweet berkenaan, difahamkan, jalan telah ditutup bermula pukul 11.36 malam namun pada sekitar jam 3 petang keesokan harinya, jalan berkenaan telah dibuka semula untuk dilalui oleh orang ramai. Ketangkasan pihak berwajib di Jepun membaiki jalan ini telah mendapat perhatian ramai warganet dari seluruh dunia kerana kebanyakan negara maju lain juga tak mampu bertugas selaju seperti orang Jepun. Setakat ini (ketika artikel ini ditulis), Tweet berkenaan telah mendapat lebih 23 ribu kali Retweet daripada pengguna Twitter sebab memang ramai yang terpegun dengan kehebatan rakyat negara matahari terbit itu terutamanya dari segi kecekapan mereka dalam bidang pekerjaan. Bila la Malaysia ni nak jadi macam Jepun jugak. Jenuh bawak kereta, mesti kita akan jumpa lubang kan. Sumber, harian metro
Jouhatsu Adalah Salah Satu Amalan Menghilangkan Diri Di Jepun. Ketahui Amalan Paling Popular Dilakukan Mereka Ini. Jouhatsu sudah menjadi amalan dalam kalangan masyarakat Jepun yang ingin menghilangkan diri. Pasti ada antara kita yang pernah berasa bosan dan letih dengan rutin kehidupan harian yang dilalui setiap hari sehingga terfikir untuk meninggalkan semuanya, menghilangkan diri dan mulakan kehidupan baharu. Keinginan itu boleh jadi bertambah kuat apabila kita melakukan satu kesalahan besar atau kekecewaan yang membuatkan diri berasa malu dan tidak yakin untuk berhadapan dengan keluarga, rakan-rakan dan masyarakat.
Meskipun terfikir untuk menghilangkan diri tetapi biasanya ia sekadar perasaan dan tidak ramai melakukannya atas pelbagai faktor tetapi ia bukan sesuatu yang asing di Jepun. Di negara matahari terbit itu, ia dikenali sebagai Jouhatsu yang merujuk kepada individu yang tiba-tiba menghilangkan diri tanpa dapat dikesan keberadaan mereka selama bertahun-tahun. Masalah hutang, keluarga dan perkahwinan antara alasan biasa mengapa ramai menghilangkan diri. Salah seorang Juhatsu, Sugitomo, 42, memberitahu dia menghilangkan diri dan memulakan kehidupan baharu kerana sudah muak dengan pelbagai masalah menimpanya selain tidak ingin berhubung dengan sesiapa daripada kehidupan lampaunya. “Saya masih ingat, ketika menghilangkan diri, saya hanya bawa sebuah beg dan meninggalkan benda lain dan melarikan diri,” katanya seperti dilaporkan BBC.Sugitomo berkata, sebelum menghilangkan diri, dia tinggal di sebuah perkampungan kecil di mana semua orang mengenali antara satu sama lain.
Selain itu, dia bertindak melarikan diri selepas diasak oleh keluarga dan penduduk kampung untuk meneruskan perniagaan milik keluarganya justeru dia bertindak melarikan diri tanpa memberitahu sesiapa. Pengakuan Sugitomo itu hanyalah satu di antara ribuan kes Jouhatsu di Jepun dan antara penyebab mendorong lebih ramai melarikan diri daripada kehidupan mereka adalah kerana hutang keliling pinggang, perc3raiamasalah keluarga. Disebabkan semakin ramai yang ingin menghilangkan diri, wujud pula pelbagai syarikat perkhidmatan Jouhatsu bagi membantu individu melarikan diri secara senyap. Operasi dipanggil ‘night moving’ itu bagi membantu mereka mencari tempat tinggal baharu secara rahsia selain memindahkan barangan mereka tanpa pengetahuan sesiapa. “Pada awalnya ramai yang ingin menghilangkan diri kerana lari daripada hutang tetapi sejak akhir-akhir ini ia bukan lagi sebab utama sebaliknya terdapat pelbagai sebab orang ingin memulakan kehidupan baru,” kata pemilik syarikat perkhidmatan Jouhatsu, Sho Hatori.
Ahli sosiologi, Hiroki Nakamori pula memberitahu Jouhatsu telah mula berlaku sejak era 1960-an di mana ketika itu ramai yang ingin berc3rai tetapi berasa malu untuk berbuat demikian. Selain itu, pada zaman itu, proses perc3raian di Jepun cukup rumit yang membuatkan mereka menghilangkan diri sebagai cara terbaik untuk berpisah dengan pasangan masing-masing. Lebih membuatkan ramai nekad melarikan diri adalah privasi mereka sangat dilindungi malah mereka boleh mengeluarkan wang di mesin ATM tanpa diketahui sesiapa. “Polis tidak akan campur tangan kecuali ada alasan lain seperti berlaku perbuatan khianat atau kemalangan. “Sekiranya keluarga tetap ingin mengesan ahli keluarga, mereka perlu mengupah penyiasat peribadi atau tunggu sahaja kepulangan mereka,” katanya. Sementara itu, Sugimoto memberitahu perasaan sedih dan menyesal masih menebal di dalam dirinya meskipun sudah memulakan kehidupan baharu. Setiap hari katanya, dia sentiasa terkenangkan isteri dan anak-anak yang ditinggalkan malah sentiasa tertanya-tanya keadaan mereka. Sumber: mstar
Budaya Buruk Di Jepun Yang Tidak Kita Ketahui. Ini 5 Budaya Buruk Dan Pelik Dan Tidak Sewajarnya Kita Contohi. Tak dapat dinafikan negara Jepun mempunyai banyak budaya baik yang boleh dicontohi. Tapi pernah tak korang terfikir kalau ada ke budaya buruk kat negeri matahari terbit ni?. Ada, meh admin kupas sikit berkenaan budaya-budaya buruk orang Jepun yang kita tak patut ikut. Dalam sistem Jepun, layanan terhadap banduan biasa dan banduan yang dah disahkan bakal berdepan hukuman mti adalah berbeza. Mereka yang berhadapan dengan hukuman mti akan diasingkan dalam penjara-penjara khas di tempat lain yang digelar sebagai pusat tahanan. Segala hal ehwal banduan di situ hanya bergantung kepada budi bicara pengelola pusat tahanan. Selain itu, kebebasan mereka juga terbatas.
Tak dibenarkan berbual sesama mereka. Riadah dua kali sahaja seminggu. Tak boleh bersenam dalam sel sendiri. TV tak boleh. Hanya tiga buah buku boleh disimpan. Yang lagi menyedihkan, dorang tak tahu tarikh akhir sendiri. Banduan hanya akan tahu pada pagi hari perlaksanaan hukuman dan selepas selesai baru lah warisnya akan dihubungi. Syarikat di Jepun susah untuk membuang pekerja yang bermasalah disebabkan oleh undang-undang di sana. Mereka boleh disiasat atas pemecatan tersebut atau perlu membayar pampasan yang tinggi. Jadi, mereka memikirkan jalan yang lain yang boleh membuatkan pekerja tersebut berhenti secara ‘sukarela’. Mereka akan ditempatkan pada satu bilik khas yang sengaja dibina oleh syarikat bagi tujuan ini dan di sini lah ‘penyeksaan’ bermula.
Antara kerja-kerja penyeksaan melecehkan yang diberi seperti memeriksa video CCTV berjam-jam, buat kerja memasukkan data yang banyak, dan ada juga yang diwajibkan menonton skrin bagi mencari keganjilan dalam rancangan TV. Boleh berpinar mata dia. Akhirnya, yang tak tahan akan berhenti sendiri. Tapi kat sini lain pula caranya, pindahkan kat cawangan jauh. Korang rasa mana lagi ok. Budaya kerja sampai mti. Ya, masyarakat Jepun memang lebih banyak menghabiskan masa bekerja daripada duduk rumah atau melepak. Kerja kuat takpa, tapi dorang kerja kuat sangat sampai mti akibat keletihan. Setiap tahun, ratusan kematn yang dikaitkan dengan karoshi adalah terkena serangan strok, serangan jantung dan bnh diri.
Tabiat mengurungkan diri bagi golongan anak muda bukanlah perkara pelik, even masyarakat tempatan sini pun ada. Ngaku jela yang duk bilik masa saudara datang tu. Tapi, budaya hikikomori di Jepun ni boleh tahan parahnya. Dorang boleh duduk bilik bertahun lamanya! Dianggarkan, lebih 700,000 orang anak muda memilih untuk memencilkan diri di dalam bilik mereka. Ni lah antara gambaran seorang hikikomori. Hikikomori ini dikenalpasti jika seseorang itu mengurung dirinya sekurang-kurangnya tempoh 6 bulan dan keatas. Ia bukanlah hal yang pelik di Jepun. Dulu, memang kebiasaan orang-orang tua yang tinggal sendirian mti tanpa diketahui oleh sesiapa, even keluarga sendiri. Min pelik kadang dorang ni tak berhubung ke? Menurut sumber, ada satu kes pada tahun 2000, seorang warga emas telah meninggal dunia hanya dijumpai selepas 3 tahun. Tu pun sebab baki duit dalam akaunnya tak mencukupi untuk pemotongan khidmat utiliti air dan elektrik. 3 tahun weh. Namun, keadaan kodokushi lebih parah sekarang kerana ia juga melibatkan orang muda. Tahun 2015, dilaporkan sebanyak 238 kes melibatkan individu berusia 20-an dan 30-an. 80 peratus darinya adalah golongan lelaki. Sumber, iluminasi.