Tahukah anda masalah perut kembung sering terjadi akibat salah makan. Perut kembung sering terjadi apabila seseorang lambat makan sehingga menyebabkan perut dikatakan ‘masuk angin’. Tetapi sebenarnya, itu bukan sahaja alasan kepada masalah itu sebaliknya pengambilan makanan tertentu juga boleh menyebabkan perut berasa tidak selesa. Perut kembung biasanya disebabkan fermentasi makanan yang memerlukan waktu lebih lama untuk diproses. Sisa makanan itu pada akhirnya akan bertukar menjadi gas di dalam perut dan membuatkan bahagian itu berasa kembung dan berangin. Terdapat pelbagai makanan yang boleh memicu keadaan itu dan sebaik-baiknya menukar diet dan lebih selektif terhadap makanan yang diambil. Berikut adalah lima jenis makanan yang boleh menyebabkan masalah kembung perut seperti dikongsi pakar pemakanan Beth Czerwony kepada Cleveland Clinic.
Produk tenusu
Susu boleh menyebabkan perut menjadi kembung bagi golongan yang tidak mampu menghadam laktosa yang menyebabkan masalah intoleransi laktoksa. Bagi mengelak perut kembung, ada baiknya hindari produk tenusu yang lain seperti mentega, keju, ais krim dan yogurt. Sayuran cruciferous antara salah satunya, sayuran cruciferous terdiri daripada brokoli, kobis dan bunga kobis dapat menyebabkan perut kembung. Jadi untuk mengatasinya masaklah dulu sayuran-sayuran tersebut agar lebih mudah dicerna di dalam perut. Jika tidak, cubalah untuk makan sayuran lain seperti bayam, zucchini, timun, dan asparagus.
Epal dan pear
Gula atau fruktosa yang membuatkan buah-buahan berasa lebih enak tetapi sebenarnya sukar untuk dihadam dan menyebabkan perut menjadi kembung. Epal dan pir mengandungi serat yang sukar diproses jika kulitnya turut dimakan bersama. Untuk itu, sebaik-baiknya kupas kulitnya terlebih dahulu atau makan buah-buahan lain seperti pisang, beri, dan oren. Pemanis tiruan, tubuh manusia sebenarnya dibekalkan dengan kemampuan untuk mencernakan makanan daripada sumber semula jadi. Bagaimanapun, apabila berkaitan makanan yang mengandungi pemanis tiruan, ia menyukarkan proses pencernaan dan menyebabkan perut menjadi kembung. Makanan berlemak, makanan tinggi lemak yang telah digoreng memerlukan masa lebih panjang untuk dicerna dalam perut. Itulah sebabnya seseorang berasa kenyang lebih cepat apabila makan makanan berlemak. Sumber, mstar
Setiap Wanita Pasti Mengalaminya. Ini Antara Langkah Mudah Mampu Legakan Sakit Perut Dan Tidak Perlu Makan Sebarang Ubat. Sakit perut yang dialami seseorang itu biasanya boleh berpunca daripada gangguan hormon, pencernaan, atau faktor masalah lain melibatkan organ dalaman badan. Gejala yang timbul termasuklah pedih ulu hati, kembung perut atau kekejangan secara tiba-tiba. Bagaimanapun, sakit perut yang tidak terlalu serius dan berlarutan untuk seketika waktu tidak disarankan mengambil ubat tahan sakit. Kadangkala sakit itu boleh sembuh dengan sendiri tanpa perlu konsumsi sebarang ubat, ada juga yang memerlukan rawatan atau perubatan susulan. Merujuk kepada Medical News Today, gejala sakit perut yang biasa perlu dirawat dengan cara mudah seperti;
Elakkan berbaring
Apabila sakit perut menyerang, elakkan berbaring selama beberapa jam sehingga sakitnya berkurangan. Ubah posisi badan seperti merangkak di atas katil atau sofa selama 10 saat, kemudian hembus nafas dalam keadaan terkawal sambil kepala diturunkan sedikit. Jika dalam keadaan berbaring, ia akan membuatkan asid perut bergerak ke belakang dan ke atas serta mencetuskan tindak balas pedih ulu hati atau sakit perut. Walau bagaimanapun, posisi merangkak dikatakan mampu merawat perut kembung sekali gus melancarkan penghadaman. Minum air putih, air merupakan alternatif yang boleh mencerna segala jenis kandungan dalam usus dan menyerap nutrien daripada makanan dan minuman dengan cekap, malah membantu mnghilangkan sakit perut. Selain itu, keadaan badan yang mengalami dehidrasi memberi kesan kepada penghadaman sehingga tidak optimum. Apabila proses pencernaan terganggu, impak lain mula timbul sehingga meningkatkan risiko sakit perut yang berlebihan. Menurut Health and Medicine Division (HMD), keperluan air harian wanita adalah sekitar 2.7 liter manakala lelaki ialah 3.7 liter.
Lilit dengan beg pemanas
Sakit perut juga boleh diatasi dengan mandian air suam sambil berendam atau lilit dengan beg pemanas. Kedua-dua kaedah ini berkesan dalam membantu mengendurkan otot yang tegang dan melegakan simptom sakit perut. Beg pemanas yang diisi air panas perlu diletakkan pada bahagian perut yang sakit sekurang-kurangnya 20 minit. Sebagai langkah berjaga-jaga, gosok ia perlahan-lahan sehingga perut yang sakit benar-benar reda atau hilang.
Ambil minuman halia dan pudina
Halia adalah ubat semulajadi yang dapat melegakan sakit perut dan rasa senak, khasiatnya juga sama seperti daun pudina dan mempunyai kesan mentol. Ia juga mengandungi sebatian kimia iaitu gingerol dan shogaol yang memainkan peranan penting dalam meredakan sakit perut. Manakala gabungan halia dan daun pudina yang dibancuh seperti teh, dipercayai berkesan untuk mengatasi kekejangan otot di bahagian usus seperti sakit perut. Kebanyakan penyelidikan mendapati, daun pudina telah lama digunakan dalam perubatan tradisional untuk merawat gangguan pencernaan.
Elakkan mengambil makanan tertentu
Makanan ini perlu dielakkan ketika mengalami sakit perut, seperti makanan pedas, berasid, berlemak, tinggi garam, bahan proses atau hidangan makanan yang berlebihan Pastikan apa sahaja yang dimakan dikunyah sehingga ia benar-benar lembut supaya mudah untuk dihadam. Makanan atau minuman alternatif yang selamat dikonsumsi ialah teh halia, pisang, betik dan yang mengandungi probiotik. Namun perlu ambil perhatian, apabila gejala sakit perut melebihi tempoh 24 jam, segeralah berjumpa pakar untuk mengelakkan kesan sampingan.