Bakal ditayangkan pada 3 Mei 2022. Nora Danish tampil dedah khabar gembira buat peminat ramai setelah drama bersiri terkenal ni, Puteri akan kembali lagi. Ianya bakal ditayangkan pada hari raya pertama. Hampir 15 tahun Puteri ditayangkan di TV3. Nora Danish tampil kongsi foto dirinya bersama-sama dua orang pelakon popular tersebut iaitu Beego dan Kenchana Devi siap sertakan tanda pagar #PuteriReunion. “Setelah lebih 15 tahun lamanya…. InsyaAllah siri Puteri akan bertemu anda semua pada 1 Syawal, 3hb Mei 2022 di TV3” tulis Nora. Penggambaran telahpun bermula. Mengikut kapsyen yang ditulis, ada beberapa pelakon lain yang turut bersamanya dalam drama tersebut. Ianya termasuk Siti Fazurina, Intan Ladyana, Ruhainies dan Idris Khan.
Nora juga tampil dedahkan foto set penggambaran mereka di Instastory miliknya. Malah peminat drama ini juga banyak menyatakan rasa teruja setelah tular berita drama bersiri Puteri bakal kembali. Drama Puteri 2022 diterbitkan oleh Padi Pictures merupakan arahan Amor Rizan dan Nor Aliah Lee yang merupakan penerbit drama tersebut. Sumber : Murai.my
Wajah Nora Danish Menarik Tumpuan Ramai. Sekali Ramai Terkejut Bila Tahu Umur Sebenar Nora. Pelakon jelita Nora Danish menarik tumpuan ramai apabila memuat naik beberapa keping gambarnya sedang berswafoto. Menerusi satu hantaran di Instagram, Nora secara bersahaja mengambil swafoto tanpa solekan yang tebal. “Bersyukur, selfie terakhir menjadi 39 tahun,” tulisnya ringkas. Menariknya, ramai diantara warganet seakan tidak percaya umur pelakon itu sudah memasuki fasa umur 40-an. Sebaliknya, kebanyakan mereka masih menganggap pelakon yang terkenal dengan watak Puteri itu masih kekal muda.
“Tetap macam 18 tahun”. “Tak nampak 40 pun, biar betul Nora ni, jelas aku”. “Nora selamanya sweet 17 bagi saya, selfie pun effortless,” tulis beberapa warganet. Selain warganet, kelihatan juga suami Nora, Mohamed Nedim Mohamed Nazri atau Boss Ned meninggalkan komen ‘sweet’ buat isteri tercintanya. “Tiada apa yang berubah, masih paling cantik di mata saya,” tulisnya. Sekadar info, Nora Danish atau nama sebenarnya Nora Mohd Danish Hanif dilahirkan pada 7 Mac 1982 di Kuala Terengganu, Terengganu. Nora sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Rizal Ashram Ramli pada 20 Jun 2006 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram. Namun, perkahwinan tersebut hanya mampu bertahan selama 2 tahun selepas mereka disahkan bercerai pada bulan Julai 2008. Nora kemudiannya mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Boss Ned pada 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamed Neqayl Nedim yang kini berusia tiga tahun. Sumber: Gempak
Nora Danish Mahukan Anak Perempuan. Tak Boleh Berdiam Sekali Ini Pula Respon Suami Jadi Perhatian Ramai. Siapa sahaja yang tidak mengenali pelakon berbakat Nora Danish? Sudah tentu bakat lakonannya sering disiarkan di kava television dan lakonannya sering tidak asing lagi dalam industri hiburan. Umum diketahui ramai, Nora Danish melangsungkan penikahan bersama pilihan hatinya, iaitu Nedim Nazri pada tahun 2017 dan kini telah mempunyai tiga orang anak lelaki. Nora Danish nak anak perempuan Baru-baru ini, pelakon jelita Nora Danish memberi bayangan bakal menambah bilangan cahaya mata dan mengimpikan seorang anak perempuan.
Menerusi video yang dimuat naik olehnya di Instagram, Nora menyatakan hasratnya untuk memiliki anak perempuan. Lebih menghiburkan lagi apabila anak lelakinya iaitu Mohamed Neqayl Nedim atau lebih dikenali sebagai NeyNey menyuruh Nora untuk ‘membeli’ adik perempuannya itu di aplikasi membeli-belah dalam talian.
“Saya rasa saya nak anak perempuan. Ada sesiapa nak jual? Hehehe. NeyNey suruh beli adik perempuan dia kat Lazada.” Tulisnya di ruangan kapsyen. Namun posting berkenaan tidak hanya ‘bertepuk sebelah tangan’ apabila suami kepada pelakon Puteri ini iaitu Nedim Nazri turut memberi reaksi mengenai perkara berkenaan dengan mengatakan bahawa dia akan berusaha memenuhi permintaan anak lelakinya itu. Menjengah ke ruang komen, rata-rata warganet terhibur dengan permintaan NeyNey. Malah ada juga di antara mereka turut mengatakan jika Nora mempunyai anak perempuan pasti comel sepertinya. Komen warganet.
‘Rayqal pandai bawa diri, berdikari’ – Nora Danish. Pelakon, Nora Danish berbangga dengan anak sulungnya, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang dilihat mempunyai keperibadian baik walaupun dibesarkan dalam keluarga yang tidak sempurna apabila Nora dan bekas suami, Rizal Ashram Ramli atau Jejai sudah berpisah. Nora berkata, walaupun Rayqal baru berusia 12 tahun, tetapi dia pandai membawa diri dan berdikari. “Saya bersyukur Rayqal dilahirkan menjadi anak yang sangat penyayang dan menyayangi seluruh ahli keluarganya. Dia anak yang pandai berdikari dan berani. “Kalau saya bawa ke mana-mana, dia akan menjaga adiknya. Semua orang begitu rapat dengan Rayqal termasuk sepupu-sepupu di sebelah Jejai.
“Walaupun saya dan Jejai sudah berpisah tapi kami tak pernah cakap benda yang mengarut, malah kami selalu terapkan perkara yang positif. Mungkin sebab itulah dia dibesarkan dengan penuh kasih sayang,” katanya. Menurut Nora, Rayqal juga tidak memiliki sifat cemburu apabila melihat Nora memberi perhatian kepada adiknya, Mohamed Neqayl Nedim. “Alhamdulillah, Rayqal tidak pernah berasa cemburu apabila melihat saya mungkin lebih manjakan Ney Ney (panggilan Neqayl) sekarang ini.
Malah, kalau dia tengok saya marah Ney Ney, dia pula yang tegur saya dan beritahu adiknya masih budak lagi. Dia pula yang betulkan saya,” katanya. Rayqal adalah satu-satunya anak daripada perkahwinan pertamanya dengan Jejai. Mereka berpisah pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. Nora kemudian mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan Nedim Nazri pada 2017 dan dikurniakan seorang anak iaitu Mohamed Neqayl Nedim yang kini berusia tiga tahun. NORA bersama suami, Nedim Nazri dan anak, Putra Rayqal (tengah) dan Mohamed Neqayl Nedim. Sumber: Oh Bulan
Baru Je Nora Danish Dikritik Ramai Gara Gara Jadi Duta Tudung. Sekali Ini Pula Respon Dari Diva AA. Pengacara dan pelakon sensasi, Azwan Haji Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA tampil menyelar pihak yang mengkritik pelakon jelita, Nora Danish yang dikritik warganet tidak layak untuk menjadi duta tudung. Menerusi laman Twitter, Diva AA memberitahu bahawa ia adalah urusan aktres tersebut untuk menjual tudung atau melakukan apapun. “WOII PKMK? MENYALAK JER KEJER KO! SUKA HATI DIA LAH NAK JUAL TUDUNG KE? NAK JUAL FKY KE? KO LAK YANG PANAS JBRR? SLLL NYA KO! DAH BDHHH? MRYAN! GTHHH PUII”-Tweet Diva AA
Dipetik dari laporan Kosmo, Nora menjadi kritikan warganet yang mempersoalkan imej seksinya yang tidak layak untuk menjadi duta tudung. Pemilihan beliau juga didkwa hanya berdasarkan keuntungan dan bukannya untuk kepentingan agama Islam. “Bagi saya seksi atau sebaliknya, semuanya terletak atau bergantung kepada mata yang memandangnya. Bagi kelompok warganet yang tahu dan asyik nak kritik saja, hentikanlah.”-Kata Nora Danish pada Kosmo. Kita doakan yang baik-baik je la kan, mana la tahu satu hari nanti dia terbuka hati nak bertudung.. Sumber : Murai.my
Tidak Tahu Bagaimana Mahu Melaluinya. Nora Danish Tidak Dapat Mengawal Sebak Berpisah Dengan Anak Sulung. Pelakon Nora Danish gagal mengawal emosinya ketika menghantar anak sulung, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 12, ke sebuah sekolah swasta berasrama penuh, semalam. Menerusi hantaran di Instagramnya, Nora atau nama sebenarnya Nora Mohd. Danish Hanif, memberitahu Rayqal akan menyambung persekolahannya di Kolej Tuanku Ja’afar yang terletak di Mantin, Negeri Sembilan. Di dalam video pendek yang dimuatnaik olehnya, Nora juga dilihat sebak dan menangis sambil memeluk erat anaknya ketika berada di asrama. Pelakon yang popular dengan drama Puteri itu turut meluahkan kerinduannya terhadap Rayqal menerusi hantaran Instagram yang lain. Mommy akan sangat merindui kamu. Mommy tidak tahu bagaimana mahu melaluinya, tetapi Mommy harus menjadi kuat sayang. Sekadar info, Rayqal merupakan satu-satunya cahaya mata daripada perkahwinan pertamanya dengan Jejai. Mereka bagaimanapun bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun mendirikan rumah tangga. Sumber: beautifulnara.
Sebagai Tikus Makmal Nora Danish Rasa Bertuah Dan Syukur Tiada Kes Pelancong Positif Di Langkawi. Pelakon jelita Nora Danish menjadi selebriti terawal tiba di Pulau Langkawi, Kedah sejurus inisiatif gelembung pelancongan di lokasi peranginan terkenal itu dibuka pada 16 September lalu. Menerusi Instagram Stories miliknya, Nora, 39, meluahkan rasa gembira dan bersyukur kerana setakat ini tiada kes positif Covid-19 dilaporkan melibatkan pelancong yang berkunjung ke Langkawi.
Hantaran tersebut turut disertakan dengan tangkapan skrin (screenshot) artikel daripada sebuah portal.Dalam pada masa sama, pemilik nama Nora Mohd Danish Hanif berharap agar sektor pelancongan lain juga akan dibuka tidak lama lagi. Alhamdulillah kami sebagai ‘tikus makmal’ rasa bertuah. Semoga dapat lagi tempat-tempat pelancongan lain dibuka, Insya-Allah doa yang baik-baik. Sejurus pulang dari pulau tersebut, pelakon filem Polis Evo membuka semula ruangan komen selepas dikritik gara-gara mengenakan pakaian menjolok mata ketika bercuti. Nora kelihatan tidak melatah kerana memilih untuk tidak membalas sebarang komen ‘pedas’ daripada warganet. Terdahulu, Nora mendirikan rumah tangga bersama dengan Nedim Nazri pada tahun 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Mohamed Neqayl Nedim atau mesra dipanggi Ney Ney. Sebelum itu, Nora pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai sekitar 2006 dan bercerai dua tahun selepas itu iaitu pada 10 Julai 2008. Kredit: Oh bulan.
Percutian Nora Danish Tamat. Kini Buka Kembali Ruangan Komen Di IG. Selepas menutup ruangan komen akibat kritikan hangat warganet menerusi aksi ‘daring’ sewaktu bercuti di pulau peranginan Langkawi, pelakon Nora Danish kembali menerima masuk komen orang ramai dalam Instagramnya (IG). Nora atau nama lengkapnya, Nora Mohd. Danish Hanif, 39, bagaimanapun terus menerima kritikan warganet biarpun cuba meneruskan kehidupan seperti biasa. Berkongsi sekeping foto bersama suami, Nedim Nazri , Nora berlepas pulang meninggalkan pulau Langkawi selepas beberapa hari percutian.
Seorang pengguna Instagram menulis: “Ingat nak tutup komen sampai Pak Jamil mmps. Artis sekarang entah apa-apa perangai.” Nora terdahulu menulis kapsyen pada foto berkenaan berbunyi: “Bye LGK, insya-Allah, we will be back (kami akan kembali). Pelakon yang cukup dikenali menerusi drama Puteri itu mula menutup ruangan komen Instagram susulan luahan ramai berhubung berpenampilan seksinya bersama suami dan teman rapat di Langkawi sepanjang empat hari berada di sana. Pada 16 September lalu, Kosmo! Online melaporkan, ketika ramai yang masih dihantui rasa takut untuk melancong, Nora menjadi antara selebriti selamat tiba di lokasi peranginan terkenal tersebut. Percutian pelakon yang mula dikenali menerusi sitkom Puteri itu turut disertai suaminya, Nedim Nazri Aziz dan anak bongsunya, Mohamed Neqayl Nedim. Nora sekeluarga berangkat ke Pulau Langkawi dengan menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah 16 September lalu dan mendaftar masuk ke sebuah hotel terkemuka di sana. – K! ONLINE