Bakal bersalin Ogos hadapan. Anak pertama dah cecah umur 5 tahun. Kini penyanyi terkenal, Stacy tampil umum yang dia kini sudahpun hamil anak yang kedua. Stacy ataupun Ummu Shaikhah Stacy Anam dedah kini kandungannya sudahpun berusia 4 bulan. ” Alhamdulillah, rezeki yang Allah berikan buat dirinya dan Akim. Sekarang ni kandungannya sudahpun cecah 4 bulan. Alhamdulillah, kehamilan keduanya kini dipermudahkan. Saya pun dah tak boleh nak sorokkan juga. Makin lama perut semakin membesar. Sekarang ni kalau nak kemana pun orang pasti bakal bertanyakan juga. Jadi, mulai sekarang biar saya sahaja yang berterus terang,” katanya.
Tidak ambil kisah soal jantina anak. Stacy dedah minta asalkan sihat dan sempurna buat anaknya dalam kandungan ni. Stacy tampil dedah berita gembira ni saat menjadi tetamu dalam program Meletop. Stacy hadir ke program tersebut dengan berbaju serba hitam yang terlihat terkejut dan serba salah apabila tiba-tiba ditanya soal kehamilan oleh Elly Mazlein. ” Dah tak boleh nak tutup dah, dah ‘pecah lubang’, betullah kan (hamil). Alhamdulillah, kini saya sudahpun hamil 4 bulan,’ ujar Stacy. Dikatakan soal jantina, Stacy dedah dia dan suami iaitu Akim Ahmad telah berserah perkara ni pada ketentuan Allah.
” Insyaallah sekiranya semua dipermudahkan saya bakal bersalin pada Ogos nanti. Soal jantina, kami okay je. Asalkan sihat dan sempurna sahaja. Tapi buat masa sekarang, saya masih lagi larat untuk bekerja. Walau apapun, saya nak ucap terima kasih pada semua yang sentiasa mendoakan kesihatan saya,” ujarnya. Pasangan ni berkahwin pada 5 Februari 2016 dan telah dikurniakan anak perempuan yang dinamakan Eshaal yang berusia 5 tahun. Stacy juga turut memiliki seorang anak angkat bernama Bella De Luna Valentina yang telahpun berusia 9 tahun. Sumber: Mstar
Dulu, saya hidup macam tiada agama – Stacy. Penyanyi dan selebriti media sosial, Stacy, 31, mengaku sebelum bergelar mualaf dan berkahwin dengan suaminya, penyanyi dan komposer terkenal, Akim, dirinya umpama tidak beragama. Menurut Stacy yang juga menggunapakai Ummu Shaikhah sebagai nama Islamnya, bahkan tidak menolak bahawa Akim adalah individu yang banyak membuka matanya mengenai keindahan Islam sekali gus berminat untuk mendalami agama. “Dulu, sebelum memeluk agama Islam, saya seperti tiada agama sebenarnya. Hidup lebih berpaksikan cara membesar, apa yang dilihat dan didengari. Namun selepas enam tahun berkawan dengan Akim, banyak gerak hati untuk tahu apa itu Islam telah didoronginya. Cara dia bercerita tentang agama Islam nampak ringan dan tidak terlalu rumit. Pendek kata apa yang terpacul dari mulutnya membawa ke satu siri penceritaan menarik. Siapa sangka keakraban kami, termasuk cara saya jadi dekat dengan Islam juga menguatkan jodoh kami. Pandai adik (Akim) ambil hati kakak (dirinya),” katanya.
Stacy berkata demikian semasa mengimbas kembali detik penghijrahan dan pernikahannya ketika menjadi tetamu program bual bicara dalam talian, Bersama Tya semalam. Selain itu, kongsi penyanyi lagu Pakai Buang ini lagi, antara detik paling bermakna dikenang hingga saat ini ialah sokongan kedua ibu bapanya yang menghadirkan diri ketika dia memeluk Islam. “Jujur ketika itu, hati saya jadi takut sangat dengan keputusan berkenaan. Hingga saya mempersoalkan dalam diri, apakah betul keputusan yang dibuat itu. Saya macam berperang dengan diri sendiri. Hingga terbit rasa apakah sampai tahap perlu meninggalkan keluarga sendiri untuk agama Islam. Tapi akhirnya, takdir hidup saya memilih Islam sebagai agama yang satu. Saat selesai melafazkan kalimah itu, kelihatan ibu bapa saya tersenyum dan gembira. Ketika itu saya sedar, perasaan bukan bukan itu hanya mainan emosi,” katanya.
Dalam pada itu, penyanyi ini mengaku dirinya masih belajar untuk menjadi manusia terbaik selain menganggap dirinya jauh daripada sifat sempurna. “Saya masih belum sempurna. Namun, dalam hati sentiasa berusaha untuk ke arah yang lebih baik,” kata ibu kepada dua cahaya mata bernama Bella De Luna Valentina, 8, dan Eshaal Afiq Hakim, 4, ini. Bersama Tya bersiaran secara langsung setiap Isnin, Selasa dan Rabu jam 10 malam di ‘Instagram Live’ sejak 14 Jun lalu. Program itu turut dikongsi di pelbagai platform termasuk di ‘feed’ Instagram dan dimuat naik di saluran YouTube Tya Arifin.
Stacy secara rasmi memeluk Islam. Juara Akademi Fantasia musim keenam itu mengesahkan sudah memeluk Islam dengan nama Islamnya Ummu Shaikhah Stacy Anam. Dengan lafaz dua kalimah syahadah, penyanyi pop Stracie Stracie Angie Anam atau lebih dikenali dengan gelaran Stacy secara rasmi memeluk Islam di Jabatan Agama Islam Johor Bahru pada Isnin. Stacy, 25 tahun turut mengesahkan nama Islamnya Ummu Shaikhah Stacy Anam. Berita mengenai penghijrahan bintang program realiti, Akademi Fantasia musim keenam kelahiran Kota Kinabalu, Sabah ini mula dihidu pihak media apabila fotonya semasa di Pejabat Agama tersebut mula tersebar di media sosial sejak Isnin.
Stacy bagaimanapun melaporkan menyuarakan ketidaksediaanya untuk mengumumkan status agamanya. Terkilan, penyanyi yang popular dengan lagu menyifat keputusannya sebagai “hak peribadinya”.Selepas fotonya menjadi ‘viral’, Stacy akur dan membuat keputusan untuk mengumumkan perkembangan terbaru itu.Isu pemelukan Islam Stacy mula dijadikan bahan bualan apabila penyanyi, Akim Ahmad mendedahkan beliau kini menjalinkan hubungan cinta dengan penyanyi yang sinonim dengan lagu-lagu berentak upbeat termasuk, Bosan dan Kasanova.Media pada pertengahan Jun lalu melaporkan Stacy sudah mula berjinak-jinak dengan agama islam, dengan mula belajar berpuasa.Anak kelahiran sabah itu mula menempa nama selepas memenangi pertandingan realiti tersebut.Sehingga kini beliau sudah menghasilkan tiga album. Sumber: Astro Awani
Biodata Dan Latar Belakang Penyanyi Stacy Anam. Stacy merupakan penyanyi yang dicungkil bakatnya daripada rancangan realiti Akademi Fantasia musim keenam dan berjaya meraih gelaran juara pada musim tersebut. Sebelum itu, beliau terlebih dahulu mencuba nasib dalam pertandingan One In A Million dan Gang Starz, bagaimanapun percaturannya tidak membuahkan hasil.
Biodata. Nama asalnya, Stracie Angie Anam, namun dikenali umum sebagai Stacy atau Stacy Anam. Lahir di Kota Kinabalu, Sabah pada 18 Ogos 1990 kepada pasangan Anam Bayar (ayah) dan Agnes Kaloos (ibu). Berasal dari Kampung Tuavon, Penampang, Sabah. Kediamannya kini terletak di Kuala Lumpur. Berusia 29 tahun. Bekas pelajar Sekolah Menengah St. Michael Penampang, namun berhenti sekolah sewaktu di tingkatan empat kerana ingin meringankan bebanan ekonomi keluarga dengan bekerja sebagai penyanyi kelab. Mendapat peluang menyambung pengajian dalam jurusan Diploma Muzik Dan Seni di Universiti Limkokwing Teknologi Kreatif menerusi biasiswa penuh yang ditawarkan.
8. Mula popular selepas dijulang sebagai juara program realiti TV, Akademi Fantasia musim keenam (AF6) yang antara lain melahirkan penyanyi Nubhan, Toi (bekas anggota kumpulan Hyper Act), termasuk pelakon Lufya Omar dan Ika Nabila. Mempunyai tiga buah album studio berjudul Aku Stacy pada 2009, Stay-C (2011) dan #1 (2014) dengan deretan lagu-lagu hits seperti Aku Stacy, Pakai Buang, Gagap, Kasanova, Kisah Dongeng, Pelangi Senja, Bosan, Not For $ale (menampilkan Altimet), Cakap Ke Tangan dan Khayal. Mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Akim Ahmad pada 5 Februari 2016, selepas beralih daripada agama Kristian kepada Islam pada 25 Ogos 2015, dengan menggunakan nama baharunya, Ummu Shaikhah Stacy binti Anam. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Eshaal, 2, termasuk anak angkat, Bella Deluna, 7. Sumber: Iluminasi