Haiwan berkenaan tidak mengalami sebarang luka dan operasi tamat pada jam 9.10 pagi. Bukan dua jam tetapi 48 jam! Begitulah kisahnya mengenai seekor kucing yang terperangkap selama dua hari atas pokok di Kampung Tersusun Sungai Buluh, Sungai Siput, Perak. Selepas sekian lama menanti, kucing itu berjaya diselamatkan sepasukan anggota bomba pada Ahad.
Panggilan kecemasan itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Siput pada jam 8.45 pagi pada Ahad. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, anggota yang tiba lokasi mendapati, terdapat seekor kucing jantan berada di atas sebatang pokok pada ketinggian lebih empat meter.
“Difahamkan kucing itu terperangkap di atas pokok selama dua hari. Anggota menggunakan tangga jentera untuk membawa turun haiwan berkenaan,” katanya. Haiwan berkenaan tidak mengalami sebarang luka dan operasi tamat pada jam 9.10 pagi. Sumber, Sinar Harian.
Sering Tayang Perut, Kalau Dipegang Marah Pula, Ini Sebab Mengapa Kucing Suka Tayang Perut
Tahukah anda sahaja menonjolkan tingkah laku dan gelagat yang menarik, kucing juga mempunyai sifat yang misteri. Tingkah lakunya itu sering dapat kita lihat menerusi lenggok badan mereka. Salah satunya, menunjukkan perut kepada manusia terutama pemiliknya. Meskipun kucing ‘mempamerkan’ perutnya, namun anda perlu mengelak daripada menyentuhnya. Kebiasaannya, kucing akan menggigit, mencakar atau melompat apabila perutnya disentuh. Mengapa reaksi tersebut berlaku, Mengapa kucing mempamerkan perut tetapi tidak mahu dibelai. Apa alasannya? Berikut merupakan sebab mengapa kucing marah ketika perutnya disentuh atau dibelai.
Bersedia untuk melawan serangan musuh
Anjing menunjukkan perutnya sebagai tanda patuh kepada pemiliknya. Berbeza dengan kucing, haiwan ini menunjukkan perut sebagai signal mempertahankan diri. Walaupun aksi si bulus menunjukkan perut dilihat comel, sebenarnya haiwan ini berada dalam keadaan bersedia untuk menyerang. Tanda lain kucing sedia untuk menyerang adalah menjilat bibir, meratakan telinganya, dan membuat bunyi ‘meow’ dalam nada kesal atau mendesis kegeraman. Ketika sampai ke tahap itu, hindarilah dari memegang perut si bulus agar tidak diserang olehnya. Kucing sedang bersantai, kucing yang sedang berbaring secara terlentang kebiasaannya mahukan masa bersendirian yang santai. Kucing cenderung terbaring begitu kerana mereka sedang bermain dengan mainan kesukaan, baring di tempat yang cerah ataupun bersedia untuk tidur siang. Sekali anda cuba untuk menyentuh perut mereka, anda sudah merosakkan suasana santai si comel ini.
Kucing sedang ber4hi
Kucing yang tidak dimandulkan mempamerkan perut sebagai tanda kasih sayang. Kadang-kala ia adalah tanda stres kerana tidak mempunyai pasangan. Jadi, jika kucing sedang berahi dan menunjukkan perutnya, jangan cuba-cuba usik bahagian itu. Kucing anda tidak akan berasa selesa dengan perbuatan tersebut walaupun niat anda hanya mahu menenangkannya. Sebaliknya beri ruang kepada kucing anda sehingga mereka tenang dengan sendirinya. Menunjukkan rasa percaya, kucing akan mula selesa dan berguling di hadapan pemiliknya kerana sudah mempercayai dan menyayangi tuannya. Selain memegang di bahagian perut, cuba untuk belai secara lembut di bawah dagunya atau tepuk di belakang telinganya. Bahagian perut kucing sangat sensitif kerana mereka merasakan ada serangan sekali gus akan merosakkan kepercayaan mereka terhadap anda. Sumber, mstar