Usahawan dan pempengaruh sensasi, Siti Jamumall tampil menafikan dakwaan yang mengatakan isu perpisahan dengan suaminya baru-baru ini hanyalah sekadar teknik marketing semata-mata. Menerusi hantaran terbaru di TikTok, Siti memohon pemilik akaun Jodoh Finder yang melemparkan fitnah terhadapnya agar menurunkan hantaran tersebut dengan segera atau berdepan tindakan saman daripadanya. Klik sini untuk lihat video.
Tambah Siti, tuduhan tidak berasas itu bukan sahaja menimbulkan salah faham malah turut memberikan tekanan terhadap kesihatan mentalnya. “Tolong jangan kacau mental aku dan buat fitnah macam ni yang boleh buat orang salah faham. Turunkan posting ni segara atau see you in court.” Terdahulu, akaun TikTok Jodoh Finder mendakwa bahawa Siti dan suaminya, Aiman telah kembali rujuk, dan segala yang berlaku sewaktu siaran langsung yang ditonton lebih 20,000 orang hanyalah strategi pemasaran untuk menarik perhatian.
Bagaimanapun, Siti menafikan tuduhan tersebut dan menegaskan dia tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya kenyataan palsu itu tidak ditarik balik. Sumber: OhBulan. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.