Pasti ramai yang alami badan lesu saat puasa, kini ini antara rutin senaman mudah untuk cegah rasa malas

Sudah menjadi perkara biasa badan akan terasa lesu dan cepat letih ketika berpuasa disebabkan tidak cukup tenaga. Jika terlalu memikirkan soal penat dan lapar ia akan menjejaskan minda yang mampu mengawal perbuatan seharian kita sehingga mudah menjadi malas. Tetapi puasa bukanlah penghalang untuk tidak melakukan apa-apa termasuklah bersenam kerana ia juga penting bagi menjaga kesihatan. Bagi memastikan tubuh tetap dalam keadaan baik, terdapat beberapa rutin senaman ringan yang boleh dilakukan sepanjang Ramadan.

Pilates

Pilates merupakan senaman berintensiti ringan kerana ia kurang menggunakan tenaga sekaligus tidak akan menyebabkan hipohidrasi pada tubuh. Senaman ini sangat sesuai untuk dilakukan semasa berpuasa. Namun, jenis pilates yang mempunyai intensiti yang berat disyorkan untuk dilakukan selepas waktu berbuka. Senaman ini juga sesuai dilakukan golongan wanita hamil atau selepas melahirkan kerana ia memfokuskan ke atas tubuh, postur badan, dan teknik pernafasan.

Yoga

Yoga merupakan senaman membentuk fizikal dan mental yang baik untuk kesegaran badan selain lebih ringan untuk dilakukan tanpa menggunakan banyak tenaga. Senaman ini seeloknya dilakukan secara santai selama 30 minit sebelum menunggu waktu berbuka. Senaman ini juga mampu membaiki mental, sosial, emosi, dan kerohanian seseorang. Gerakan senaman ini mempunyai maksud tersendiri yang mampu menghilangkan stres dan menenangkan.

Berjalan kaki

Berjalan kaki juga merupakan salah satu senaman yang mudah dengan mengamalkan sekurang-kurangnya seribu langkah sehari. Paling penting, berjalan kaki mampu menjaga dan menurunkan risiko penyakit berkaitan jantung. Tidak hanya itu, senaman ini boleh memperbaiki kualiti tidur pada waktu malam selain membuatkan mood seseorang sentiasa dalam keadaan baik.

Berbasikal

Aktiviti berbasikal sangat digemari oleh setiap lapisan rakyat Malaysia tidak kira peringkat umur. Kayuhan santai boleh dilakukan ketika berpuasa tetapi jangan paksa diri untuk mengayuh dalam kelajuan tinggi dan di jalan berbukit. Ia akan menyebabkan seseorang mudah letih dan mengalami deh.1drasi dan paling parah, boleh jatuh pitam.

Joging

Joging adalah senaman paling popular kerana ia boleh dilakukan secara santai dan masih mampu membakar kalori. Ketika berpuasa, waktu petang sangat sesuai untuk melakukan aktiviti ini, bukan sahaja hampir dengan waktu berbuka tetapi cuaca juga lebih rendah dan tidak mudah berasa penat. Sumber, Mstar

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau semua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Exit mobile version