Khasiat makanan ketika berbuka puasa sangat penting, ini antara makanan yang boleh beri tenaga sepenuhnya

Hati lembu merupakan salah satu sumber makanan terbaik malah memiliki kandungan B12 lebih tinggi berbanding daging lembu. Pengambilan makanan berkhasiat sangat penting ketika berbuka puasa untuk mengembalikan tenaga selepas seharian menahan lapar dan dahaga. Makanan terbaik untuk berbuka puasa adalah daripada jenis yang mudah dihadam agar sistem pencernaan tidak terkejut. Berbuka puasa dengan makanan yang tinggi lemak, gula atau serat menyukarkan tubuh dicerna selain menyebabkan perut mudah berasa kembung dan tidak selesa. Berikut adalah 10 jenis makanan terbaik untuk mengembalikan tenaga selepas berpuasa.

Kurma. Kurma adalah sumber nutrisi yang sering dimakan untuk berbuka puasa secara turun temurun oleh umat Islam. Kurma adalah makanan sumber tenaga terbaik – 100 gram kurma mengandungi lebih daripada 60 gram karbohidrat. Selain itu, kurma juga mengandungi banyak mikronutrien seperti kalsium, kalium, magnesium dan vitamin B. Pisang. Pisang adalah buah mudah dicerna tetapi ia juga merupakan sumber tenaga yang baik. Ia juga sumber gula dan kaya dengan serat yang membantu melambatkan pencernaan gula tersebut. Pisang mengandungi nutrisi bermanfaat yang membuat tubuh berasa lebih bertenaga.

Avocado. Avocado mengandungi protein dan serat yang dapat membantu mempertahankan tingkat tenaga sepanjang hari. Ia juga mengandungi lemak baik yang dapat meningkatkan tenaga. Ikan berlemak. Ikan merupakan sumber protein dan vitamin B yang baik. Ikan seperti salmon, sardin dan tuna mudah dicerna tubuh sehingga dapat memberikan tenaga berpanjangan. Omega-3 juga dapat meningkatkan fungsi otak dan mengurangkan keradangan dalam tubuh.

Hati lembu. Hati lembu merupakan salah satu sumber makanan terbaik malah memiliki kandungan B12 lebih tinggi berbanding daging lembu. Sepotong daging lembu seberat mengandungi 1.5mcg vitamin B12 sedangkan hati lembu dengan berat sama mengandungi 60 mcg B12. Telur. Sebiji telur rebus mengandungi 6 gram protein, 5 gram lemak selain vitamin dan mineral yang membantu menjaga tubuh agar tetap bertenaga dan berasa kenyang lebih lama.

Sayur-sayuran hijau. Sayur-sayuran berdaun hijau gelap umumnya sarat dengan nutrisi dan antioksidan yang mampu membuat seseorang berasa kenyang lebih cepat. Ubi. Ubi kentang, ibu keledek dan sebagainya kaya dengan serat selain karbohidrat untuk mengembalikan tenaga selepas berpuasa.

Oat. Semangkuk oat boleh menjadi cara terbaik untuk mengembalikan tenaga kerana ia kaya dengan serat, mineral, vitamin dan fenolik yang membantu memberikan tenaga pada tubuh. Yogurt. Bagi yang gemarkan produk berasaskan susu, yogurt boleh jadi pilihan ketika berbuka kerana ia kaya dengan protein, lemak dan karbohidrat yang mampu memberi tenaga. Sumber, Mstar

Sering Alami Bad Mood. Mungkin Makanan Penyebabnya. Ini 5 Makanan Yang Boleh Membuatkan Anda Bad Mood.

Makanan bukan sahaja boleh buat seseorang gembira tetapi bad mood. Ada masa-masanya mood kita pasti akan tiba-tiba berubah daripada seorang yang ceria kepada mudah sensitif dan cepat marah tanpa sebarang sebab tertentu. Tapi pernahkah anda terfikir perkara itu berlaku disebabkan oleh faktor pemakanan? Ya, terdapat beberapa jenis makanan dan minuman yang boleh menyebabkan seseorang mudah bad mood. Makanan atau minuman kegemaran sebenarnya tidak hanya membuat seseorang gembira. Pakar psikiatri, Dr Taylor Edwards memberitahu pola pemakanan dan mood manusia saling berkaitan selain ia bergantung kepada cara dan tabiat seseorang. Berikut adalah lima jenis makanan dan minuman yang boleh mengganggu mood seseorang:

Minuman dengan pemanis tambahan. Kurangkan atau elakkan minum minuman dengan pemanis tambahan seperti soda, jus kotak, minuman bertenaga dan air berkarbonat. Pemanis tambahan di dalam minuman berkenaan boleh membuatkan glukosa dalam darah seseorang melonjak dan turun dengan drastik yang membuatkan seseorang berasa cepat lesu dan mudah marah.

Kacang masin. Kekacang memang disarankan dalam diet seharian namun sebaik-baiknya hindari kacang masin. Ini kerana ia mengandungi natrium dalam jumlah yang tinggi dan perasa sehingga boleh membuatkan seseorang mudah tertekan, lesu dan sakit kepala.

Kek dan manisan. Biskut, kek, mufin dan sebagainya memang sedap dan mengiurkan. Akan tetapi, kandungan gula dan lemak tepu yang tinggi boleh membuatkan seseorang berasa lebih cepat lesu, tertekan dan menggangu emosi seseorang.

Marjerin. Marjerin mengandungi lemak tepu yang tinggi dan sangat berbeza berbanding lemak yang terdapat dalam produk seperti minyak zaitun, mentega dan sebagainya. Pengambilan marjerin dengan kerap boleh mengakibatkan ketidakseimbangan gula dalam darah yang membolehkan memicu mood swing dan kenaikan berat badan secara mendadak.

Kopi. Kopi sering disebut sebagai pedang dua mata kerana jika pengambilannya secara sederhana, ia mampu memberi kesan baik kepada kesihatan dan sebaliknya. Kafein yang diambil secara berlebihan boleh mempengaruhi mood kerana ia akan menghasilkan kortisol iaitu hormon tekanan. Benar apabila minum kopi seseorang berasa lebih bertenaga dan tidak mengantuk tetapi apabila kesannya mula berkurangan, seseorang lebih mudah berasa lesu, tidak bertenaga sama ada secara fizikal dan mental. Apabila itu berlaku, ia turut memicu gangguan lain seperti mood swing, tekanan dan sebagainya.

Exit mobile version