Penyanyi Nubhan membuat kejutan kepada ibunya, Badariah Omar, 77, membawa menaiki helikopter mengelilingi pusat bandaraya Kuala Lumpur selama satu jam. Menerusi perkongsian video di laman Instagram miliknya, kelihatan warga emas berkenaan sedang berada dalam sebuah helikopter berlatar belakangkan bandaraya Kuala Lumpur. Turut kelihatan isteri Nubhan yang dibawa bersama menaiki helikopter. Apa yang lebih menarik perhatian ialah reaksi Mak Jenny seperti tidak takut ketika berada di awan biru selain sempat melambai ke arah menara berkembar Petronas sambil tersenyum.
Menurut Nubhan, dia mengakui sebab utama kejutan itu hanyalah ingin membawa ibunya berjalan-jalan. Lebih-lebih lagi selepas ibunya baharu sahaja pulih daripada Covid-19. Jadi, saya lebih pada nak buat dia gembira. Selepas itu kami pergi buka puasa. Dalam masa sama, nak berikan satu pengalaman yang lain daripada lain. Saya juga bawa isteri bersama, dan dia pun terkejut kena naik helikopter juga. Mak Jenny kan ada perniagaan makanan ‘ready to eat’, jadi nak buat kejutan juga pada dia yang mana perniagaan baru sembilan bulan tapi jualan sangat bagus. Jadi sebelum kita buat kejutan lain, kita bawa naik helikopter dulu. Tambahnya lagi, kejutan tersebut adalah hadiah awal buat kejayaan perniagaan makanan ibunya, ‘ready to eat’ seperti sambal dan rendang. Klik sini untuk lihat video. Sumber: Nubhan.ahamad, Harian Metro
Anak Genap 2 Bulan. Nubhan Dan Isteri Adakan Majlis Aqiqah Dan Doa Selamat. Penyanyi Nubhan bersama isterinya, Dr. Afifah Tawfek telah mengadakan majlis aqiqah dan doa selamat bagi ingin meraikan kelahiran cahaya mata ketiganya, Afzan Nayille yang kini sudah genap mencecah usia dua bulan. Pasangan suami isteri ini dilihat telah mengadakan majlis tersebut dalam serba ringkas di samping mengenakan pakaian sedondon rona krim. Nubhan turut berkongsi momen kegembiraan tersebut dengan memuat naik beberapa keping foto majlis berkenaan di laman media sosial instagram miliknya. Pada masa sama, penyanyi kelahiran program realiti nyanyian Akademi Fantasia musim keenam (AF6) ini berharap zuriat ketiganya itu akan membesar dengan baik dan sihat.
“Alhamdulillah…selesai majlis aqiqah & doa selamat kelahiran baby Afzan Nayille…Doakan anak saya membesar dengan baik & sihat ya…aminn,” tulisnya. Sekadar informasi, Nubhan dan isteri telah pun mendirikan rumah tangga bersama pada tanggal 29 Ogos 2015. Hasil perkongsian hidup pasangan ini telah pun dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, Ahmad Aafan dan Afzan Nayille yang baru sahaja dilahirkan pada 12 Januari lalu. Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Sumber: Media Hiburan