Umum lagi memang kita ketahui detik pertemuan pertama dengan keluarga bakal mertua sememangnya agak merisaukan. Kena pulak kalau kita tak pernah langsung bersemuka atau hanya mendengar cerita sahaja berkenaan keluarga pasangan masing-masing. Sebut pasal pertemuan dengan keluarga bakal mertua ni, sebenarnya waktu yang paling sesuai adalah semasa hari raya. Bukanlah nak kata hari lain tak boleh, tapi kalau pergi masa raya, setidaknya kita punya ‘alasan’ yang kukuh untuk berjumpa keluarga ‘belah sana’. Takkan diorang taknak bagi orang datang beraya pulak kan. Untuk korang yang ada perancangan untuk berjumpa keluarga ‘bakal’ korang nanti, ini ada tips ‘Wow’ yang korang boleh try.
Jadi ‘busybody’
Biasanya orang akan cakap ‘kenal hati budi’ pasangan, tapi korang kena ingat jugak, korang juga kena amik hati bakal mertua korang nanti. Masa ni lah korang boleh jadi ‘busybody’. Perhatikan dan ambil tahu serba sedikit pasal keluarga pasangan korang tu. Contohnya cara diorang berbual ke, apa kesukaan dan sebagainya.
Jangan ‘Main Drama’
Ada pendapat yang cakap, korang kena pandai berlakon, tapi kalau ikut min, seeloknya jadi diri sendiri dan kalau nak berlakon pun, janganlah sampai hilang terus identiti diri sendiri korang. Sebab perkara ni, lambat laun orang akan tahu jugak perangai sebenar korang. Bawa Buah Tangan. Ha, walaupun nampak remeh, buah tangan ni kadang-kadang boleh jadi pembuka topik tau.Kena pulak korang beli sesuatu yang memang keluarga pasangan korang suka. Contohnya boleh la belikan kuih muih ke, coklat ke, atau apa sahaja yang sesuai.
Jangan Selekeh
Walaupun korang memang sejenis yang ‘tak siap’, tapi apa salahnya kalau untuk sehari korang pakailah yang senonoh sikit.Tak payah pakai sut lengkap pun, asal sedap mata memandang. Pakai t-shirt berkolar pun okay dah. Nak lagi ‘wow’, pakailah kemeja. Kalau gegirl pulak, pakai lah yang sopan-sopan sikit dan yang mana freehair dan nak rambut kekal wangi & cantik boleh cuba rangkaian syampu dari Summerie! Apa yang best, ia diperkaya dengan Minyak Jojoba & Minyak biji Bunga Matahari Organik supaya rambut korang kelak segar dan harum sepanjang hari. Terdapat 4 variasi kesemuanya.
Jaga Kebersihan Diri
Perangai dah dapat A, baju markah penuh, tapi tang kebersihan ‘sangkut’ pun tak boleh jugak. Kena pulak zaman pandemik ni, setidaknya kita jaga lah kebersihan. Kalau jaga diri sendiri pun tak boleh, macam mana nak jaga pasangan nanti ye tak. Setidaknya sabunlah badan masa mandi, baru rasa segar dan berkeyakinan sikit nanti. Sebab itu penjagaan kebersihan diri yang asas. Bercakap pasal tu, selain produk penjagaan rambut, Summerie juga ada rangkaian sabun mandi tau. Selain membersih, rangkaian produk Summerie ni diperbuat lebih daripada 94% bahan semula jadi, malah disertakan dengan kebaikan daripada minyak biji Bunga Matahari Organik, bebas silikon, paraben dan lain-lain. Paling penting, kesemua rangkaian produk Summerie ni bebas daripada sebarang unsur atau bahan daripada haiwan tau. Sumber, lobak merah