Kalini Janna Nick tampil dengan single terbaru, Selepas mendapat sambutan hangat pendengar, single Gatal nyanyian penyanyi dan pelakon Janna Nick kini digubah lirik menjadi lagu raya sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi. Biarpun sibuk dengan jadual seni yang padat, Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner berkata dia berjaya merakam lagu diberi judul Gatal Raya itu di studio mengambil masa selama dua jam sahaja. Bagaimanapun, penyanyi berusia 26 tahun itu memberitahu dia tidak berpeluang untuk menghasilkan video muzik (MV) disebabkan kekangan masa.
Walaupun lagu ini bertemakan Hari Raya, namun signature bunyi Gatal itu jelas kedengaran
Katanya “Walaupun jadual seni agak padat tapi kami berjaya merakamkan dalam masa singkat. Sebab saya pernah bekerja dengan Aepul sebelum ini dan faham apa yang dikehendakinya ketika berada di dalam studio. “Namun begitu, saya tidak berpeluang menghasilkan MV kerana kekangan masa, jadi kami melancarkan audio rasmi sahaja di laman YouTube,” ujarnya. Lagu Gatal Raya itu kini mendapat tontonan lebih 40,000 ribu di YouTube selepas dimuat naik sejak Jumaat lalu dan turut menerima pujian daripada peminat. Dalam pada itu, Janna memberitahu syarikat rakaman Warner Music Malaysia yang memberi idea untuk menjadikan single tersebut sebagai lagu raya.
Lagu Gatal Raya mendapat sambutan.
Vokalis kumpulan Drama Band iaitu Aepul Roza sebagai komposer asal bertanggungjawab menulis semula lirik dengan menggubah muzik bersesuaian dengan suasana raya. “Pihak Warner yang mencadangkan agar lagu itu ‘dirayakan’ pula selepas mendapat sambutan yang luar biasa berterusan dengan jumlah tontonan lebih enam juta di YouTube. “Selaku komposer asal, Aepul diberi tanggungjawab untuk menulis semula lirik dengan menggubah muziknya sesuai dengan feel raya. “Walaupun lagu ini bertemakan Hari Raya, namun signature bunyi Gatal itu jelas kedengaran. Maksud lagu ini agak straightforward dengan mengisahkan tentang sambutan Hari Raya,” ujarnya. Sumber, mstar