Berhenti merokok dapat menyelamatkan nyawa. Kedatangan bulan Ramadan baru-baru ini memperlihatkan ramai berjaya meninggalkan tabiat merokok dalam usaha menjalani kehidupan lebih sihat. Umum mengetahui tabiat buruk itu adalah salah satu penyebab sakit berkaitan paru-paru termasuk kanser disebabkan kandungan ribuan bahan kimia beracun yang terdapat di dalamnya seperti nikotin sehinggalah karbon monoksida. Sebenarnya paru-paru adalah organ yang luar biasa malah memiliki kemampuan untuk memperbaiki diri daripada masa ke masa. Ketika seseorang berhenti merokok, paru-paru mula membersihkan dirinya daripada racun dan memperbaiki kerosakan yang terjadi untuk kembali menjadi normal.
Merokok meningkatkan pelbagai risiko sakit kronik.
Harus diingat orang yang merokok memiliki risiko lebih tinggi untuk mengembangkan pelbagai sakit kronik seperti masalah jantung, diabetes, tekanan darah tinggi, kans3r dan sebagainya. Manakala merokok pula menyebabkan dua jenis kerosakan kekal pada paru-paru iaitu. Empisema, emfisema adalah kantung udara kecil pada paru-paru yang disebut alveoli boleh pecah dan mengurangkan keluasan permukaan paru-paru. Organ itu kemudiannya tidak dapat menukar oksigen yang diperlukan oleh tubuh.
Bronkitis kronik
Bronkitis kronik dapat menyebabkan saluran udara kecil yang mengarah ke bahagian alveoli keradangan sehingga menyukarkan oksigen ke alveoli. Jika emfisema dan bronkitis kronik berlaku pada masa sama, keadaan ini dikenali sebagai sakit paru-paru obstruktif kronik. Ketika perokok berhenti merokok, paru-paru akan secara perlahan-lahan menyembuhkan dirinya. Kecepatan proses penyembuhan paru-paru bergantung kepada berapa lama seseorang itu merokok dan tahap keparahan yang berlaku.
Terdapat beberapa peringkat paru-paru akan sembuh selepas seorang berhenti merokok.
Medical News Today melaporkan, ketika seorang perokok berhenti merokok, paru-paru akan mula menyembuhkan diri dengan cara berikut. Selepas sejam, hanya dalam 20 minit selepas rokok terakhir dihisap, degupan jantung akan menurun dan kembali normal. Begitu juga tekanan darah akan menurun dan peredaran darah menjadi lebih baik. Selepas 12 jam, sekiranya seseorang berhenti merokok selepas 12 jam, tubuh dapat membersihkan diri daripada karbon monoksida sekaligus meningkatkan kadar oksigen dalam tubuh. Selepas sehari, hanya selepas sehari berhenti merokok, risiko serangan jantung juga mula menurun. Selepas dua hari, deria bau dan rasa akan kembali meningkat disebabkan saraf yang rosak mula menyembuhkan diri selepas dua hari berhenti tabiat buruk itu.
Sebulan selepas berhenti merokok, fungsi paru-paru akan meningkat dan mengurangkan batuk dan sesak nafas.
Selepas tiga hari kadar nikotin pada tahap ini akan menurun namun dapat menyebabkan penarikan nikotin dan mengalami simptom seperti kemurungan, cepat marah, sakit kepala dan mengidam. Jangan bimbang, biasanya keadaan ini hanya bersifat sementara dan tubuh sedang menyesuaikan diri. Selepas sebulan, hanya dalam tempoh sebulan, fungsi paru-paru seseorang akan mula meningkat dan mengurangkan masalah batuk dan sesak nafas yang biasa dialami perokok. Pada tahap ini, aktiviti melibatkan kardiovaskular seperti berlari, melompat atau mendaki bukit menjadi lebih mudah kerana pernafasan semakin baik.
Antara 1 ke 3 bulan, peredaran darah akan menjadi lebih baik. Selepas 9 bulan, pada tempoh ini, paru-paru telah sembuh secara signifikan dan struktur halus seperti rambut di dalam paru-paru yang dikenali sebagai silia juga kembali pulih. Ia membantu mengeluarkan lendir daripada paru-paru selain melawan jangkitan. Pada tempoh ini juga, bekas perokok dapat melakukan kerja-kerja lebih berat seperti mengangkat barang menjadi lebih mudah. Selepas setahun, risiko bekas perokok terkena sakit jantung koroner berkurang sebanyak 50 peratus dan ia akan terus menurun dalam tempoh setahun berikutnya.
Risiko terkena sakit jantung akan menurun selepas setahun berhenti merokok.
Selepas 5 tahun, pada tahap ini, tubuh sudah dapat menyembuhkan diri sehingga arteri dan pembuluh darah mula kembali melebar. Ini bererti peredaran darah lebih lancar, tidak bergumpal dan menurunkan risiko angin ahmar. Risiko angin ahmar akan terus berkurang dalam tempoh 10 tahun seiring dengan pulihnya tubuh daripada kesan sampingan merokok. Selepas 10 tahun, selepas 10 tahun berhenti merokok, risiko terkena kans3r paru-paru dan kemtin disebabkannya berkurangan sebanyak 50 peratus berbanding orang yang tetap merokok. Risiko kans3r mulut, kerongkong dan pankreas juga berkurangan.
Selepas 15 tahun, selepas 15 tahun berhenti merokok, risiko terkena sakit jantung koroner dan kanser pankreas sama dengan bukan perokok. Selepas 20 tahun, risiko kematian akibat penyakit yang berkaitan dengan rokok menurun ke tahap seseorang yang tidak pernah merokok dalam hidupnya. Sumber, mstar