Siapa tak kenal dengan pelakon popular gerak khas ini. Tahniah diucapkan kepada pelakon Sheera Iskandar yang telah selamat melahirkan cahaya mata sulungnya, kira-kira 7.31 malam, 22 Mei lalu. Khabar berita itu dikongsikan oleh suaminya, Mohd Halim Abd Ghani menerusi platform akaun media sosial Instagram aktres berkenaan. Katanya “Bismillahirahmanirrahim Alhamdulillah Syukur kehadrat Illahi segala puji bagi Allah yang maha Esa. “Isteri Saya Sheera selamat melahirkan Puteri Kami pada 22-05-2022 jam 1931hrs,” tulisnya.
Suami kepada pelakon drama Janji Diana ini menitipkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua yang telah mendoakan kesejahteraan buat isterinya. “Jutaan Terima kasih kepada semua atas doa dan ucapan. Terima kasih juga buat para petugas PPUKM, Doktor2 dan nurse2 yang telah menjaga dengan baik anak dan isteri Saya yang tercinta, “Saya amat menghargainya Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalasnya Amin amin ya rabbal alamin#syukur #baby #sheerahalim,” tulisnya lagi.
Sekadar informasi, anak kepada pelakon veteran Aznah Hamid ini pernah berkahwin dengan Abdullah Harun pada Ogos 2015, sebelum bercerai pada hujung tahun 2018. Selepas itu, Sheera mendirikan rumah tangga buat kali kedua bersama suaminya, Mohd Halim Abdul Gani pada tanggal 3 Mei tahun lalu. Sumber, media hiburan
Sheera terkilan papa tak sempat lihat cucu. Pelakon Sheera Iskandar yang kini mengandung sembilan bulan meluahkan perasaan sedih apabila bapa dan bapa mentua tidak dapat menatap wajah anak sulungnya. Ia berikutan kedua-duanya sudah meninggal dunia pada Februari dan Ramadan tahun ini akibat sakit tua. “Saya dan suami (Mohd Halim Abdul Gani) serta kaum keluarga memang gembira untuk sambut kelahiran anggota baru dalam keluarga ini.
Katanya lagi “Namun dalam kegembiraan itu, terselit juga perasaan sedih apabila ia tak dapat dikongsi oleh arwah papa, Tengku Iskandar yang meninggal pada 28 Februari. “Manakala bapa mentua (Abdul Gani Molek) pula meninggal pada 15 April lalu. Mereka tak sempat nak tengok cucu. Sebelum mereka meninggal, saya memang sempat beritahu yang saya mengandung. “Kedua-dua mereka sangat bersyukur mendengar berita ini. Arwah papa amat gembira. Ayah suami pula, kami sempat tunjukkan gambar scan baby. Tapi raut wajahnya seakan dia tahu dia tak sempat nak tengok cucunya,” katanya kepada Harian Metro.
Sheera yang berkahwin dengan Mohd Halim pada 3 Mei tahun lalu sempat meluangkan masa pulang ke kampung Halim di Melaka pada Hari Raya pertama. “Raya kali ini disambut bersederhana saja. Saya baru baik dari Covid dan belum sihat sepenuhnya. Halim pun kerja di pagi Raya. Lepas kerja kami balik Melaka sekejap untuk beraya bersama ibu Halim dan ziarah kubur ayah mertua. “Berkenaan persiapan menyambut cahayamata sulung, saya dijangka bersalin pada awal Jun. Persiapan pun belum sepenuhnya.
Anak pertama jadi kami belum tahu sepenuhnya apa yang perlu dibeli. “Sepanjang hamil saya tidak mengidam yang bukan-bukan. Sekarang pun dengan deria rasa dan bau hilang akibat Covid, makan lauk Raya pun tak ada rasa. “Doktor tak cakap pula saya kena jangkitan tahap berapa. Cuma Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kena pantau saya sebab mengandung,” katanya. Sumber, harian metro