Terserlah terus sisi cantik dengan teknik solekan ni, Ini tips makeup untuk wanita berkulit sawo matang

Siapa kata wanita berkulit sawo matang atau gelap tak boleh tampil cantik dan menawan. Dengan teknik dan penggunaan alat solekan yang betul, mereka yang memiliki kulit sawo matang atau gelap juga pastinya akan lebih menonjol. Jom kita kita lihat teknik solekan yang betul dan sempurna buat mereka.

BEDAK ASAS

Agar sukar untuk memilih bedak asas yang tepat dan ramai wanita mengalami kesukaran untuk membuat pilihan. Bagi anda yang memiliki kulit sawo matang atau gelap, disarankan memilih dua jenis bedak asas yang berbeza. Bedak asas tersebut perlu dicampur agar menjadi satu dan ia akan memberikan hasil warna yang kelihatan lebih natural serta melekat pada kulit anda. Hasilnya, kulit wajah anda akan nampak lebih bersih dan lembut seperti warna kulit asal.

PEMILIHAN BEDAK

Terdapat dua jenis pilihan bedak. Jika anda mempunyai kulit jenis kombinasi atau berminyak disarankan memilih bedak tabur. Manakala untuk kulit normal, anda boleh memilih bedak jenis padat. Bagi pemilihan warna bedak pula, sebaiknya gunakan yang agak gelap. Biasanya setelah diaplikasikan ia akan kelihatan lebih terang di kulit.

PEMBAYANG MATA

Penggunaan pembayang mata atau eyeshadow akan mencantikkan lagi gaya solekan mata. Pilih pembayang mata yang mampu membuatkan penampilan anda nampak lebih istimewa. Warna yang sesuai untuk anda yang berkulit sawo matang atau gelap ialah ungu, chopper, biru dan hijau. Jika mahu untuk kelopak mata bahagian atas pilihlah warna coklat terang. Manakala di lipatan kelopak mata, gunakan warna coklat gelap dan baurkan keluar. Ia akan membuatkan mata anda nampak ‘dalam’ dan tajam.

BRONZER

Agar lebih menyerlah, sapu blusher dengan menggunakan bronzer. Elak pemilihan warna yang terlalu merah dan pink kerana ia boleh membuatkan wajah anda kelihatan seperti badut. Warna bronzer akan menjadi shading yang cantik serta akan mengangkat tulang pipi anda. Untuk menyerlahkan lagi tekstur kulit, sapukannya di sepanjang tulang pipi sehingga ia kelihatan rata dan tidak bertompok-tompok di kulit.

UKIRAN KENING

Agar kening anda kelihatan lebih kemas dan natural, elak penggunaan pensel dengan warna hitam kerana ia boleh menciptakan kesan garang. Sebaiknya, gabungkan sahaja warna coklat dengan hitam sehingga menggoreskan kening yang natural dan eksotik.

GINCU

Sebaiknya elak warna-warna yang terlalu terang dan pucat. Warna seperti burgundy, merah, coklat dan plum adalah pilihan yang tepat. Ia mampu membuatkan wajah anda kelihatan lebih manis dan dinamik sebaik saja disapu pada bibir. Sumber, nona

Exit mobile version