Alya Iman akui seronok bergelar solo, Alya terima teguran warganet dengan hati terbuka

Pelakon cantik, Alya Iman mengakui masih berdepan pandangan skeptikal masyarakat susulan kontroversi perempuan perampas yang menjatuhkan maruahnya sebelum ini. Bukan sahaja dipandang sebelah mata, pucuk muda berusia 21 tahun itu juga harus menelan pelbagai gelaran tidak manis warganet yang sehingga hari ini masih menyimpan perasaan benci terhadap dirinya. “Jujur sampai ke hari ini, orang masih cakap buruk tentang diri saya. Masih ada yang panggil saya dengan macam-macam gelaran. Perampaslah, pisau cukurlah dan macam-macam lagi.

Katanya “Tapi saya tak ada kuasa untuk menghalang orang untuk cakap apa-apa tentang saya. Sebagai selebriti, saya kena terima apa saja warganet nak cakap. “Saya terima dengan hati terbuka. Saya selalu cakap pada diri, benda dah jadi, setiap apa yang jadi, ada hikmah. Apa saja orang nak cakap pasal saya, Insya-Allah saya terima,” katanya. Alya atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil ditemui pada majlis tayangan perdana filem 7 Minggu Sebelum Kahwin terbitan KRU Studios Bloombordia yang akan disiarkan di Astro First bermula 7 Julai depan.

Dalam pada itu, anak kepada pelakon terkenal Allahyarham Azmil Mustapha itu mengakui gembira menikmati momen sebagai seorang wanita berstatus solo selepas hubungannya dengan seorang duda anak dua, Ridhwan Rosli putus di tengah jalan April lalu. “Buat masa sekarang ini, saya memang single (solo) dan dah tak ada kena mengena dengan Ridhwan lagi. Tapi kami masih kekal bersahabat baik macam biasa. “Namun, saya nak ingatkan, saya not available (sudah dimiliki). Bukan sebab dah ada kekasih baru, tapi saya nak fokus karier seni dan malas nak fikir soal cinta. “Saya dan Ridhwan berpisah sejak bulan puasa lalu. Bagi saya, hubungan ini tak lebih daripada sekadar sahabat,” katanya.

Terdahulu, pelakon yang mula dikenali menerusi drama Senafas Rindu bergandingan bersama Syafiq Kyle itu mengejutkan dunia hiburan apabila menjalin hubungan sulit dan bertunang dengan seorang ahli perniagaan berstatus suami orang. Alya bagaimanapun memutuskan ikatan pertunangan tersebut apabila kehadirannya mendapat tentangan hebat daripada isteri lelaki berkenaan. Selepas terpalit dengan kontroversi tersebut, Alya kemudian menjalinkan hubungan cinta dengan Ridhwan sekitar dua tahun lalu. Sumber, KOSMO! ONLINE

Exit mobile version