Ridhwan akui sudah bepisah dengan Alya Iman, Minta warganet henti buat andaian tidak baik

Memang kita kenali dengan pelakon cantik Alya Iman ini. Ridhwan menjelaskan bahawa mereka masih mengambil berat dan menyayangi antara satu sama lain tetapi bukan sebagai pasangan romantik. Hubungan cinta pelakon dan anak kepada pelakon Allahyarham Azmil Mustapha iaitu Alya Iman dengan duda kepada dua orang anak, Ridhwan Rosli telah berakhir selepas dua tahun bersama. Berita itu dikongsi sendiri oleh Ridhwan menerusi Instagram Stories menjelaskan ianya bukan salah sesiapa dan mereka masih berkawan baik. “Ya, saya dan @alyimn berpisah. Ia bukan salah sesiapa. Ia adalah keadaan. Kami masih berkawan baik dan kami berdua menghargainya.”-Kata Ridhwan

Henti Beri Andaian Buruk

Bekas kekasih kepada pelakon ‘7 Minggu Sebelum Kahwin’ itu turut meminta orang ramai agar berhenti memberikan andaian buruk terhadap mereka yang harus melakukan perubahan untuk menjadi individu yang lebih baik. “Saya harap tiada sesiapapun akan mempunyai sebarang andaian buruk kerana ia adalah keadaan di mana kami harus berkembang dan melakukan perubahan dakan kehidupan kami untuk menjadi individu yang lebih baik.

Maaf, Alya memang banyak berlakon drama tapi kiteorang tak break macam dalam drama. ”-Jelas Ridhwan. Di akhir penjelasannya, Ridhwan mengatakan bahawa mereka masih mengambil berat dan menyayangi antara satu sama lain tetapi bukan sebagai pasangan romantik. Terdahulu, nama Alya Iman pernah menjadi perhatian selepas bertunang dengan seorang ahli perniagaan yang memegang status suami sehingga digelar sebagai perosak rumah tangga oleh isteri ahli perniagaan tersebut. Sumber, murai

Alya Iman minta maaf. “SAYA masih muda dan naif. Saya minta maaf pada siapa yang terluka.” Itu kata pelakon baharu, Alya Iman, 19, yang juga anak kepada pelakon lagenda, Allahyarham Azmil Mustapha selepas tercetusnya kontroversi membabitkan dirinya dengan lelaki berstatus suami orang. Kisah Alya atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil menjadi perhatian warganet apabila isteri lelaki berusia 30 tahun itu yang dikenali sebagai Penny Salman mendedahkan hubungan yang terjalin antara pelakon itu dengan suaminya selepas setahun bercinta.

Ekoran itu ruangan komen di Instagram Alya ‘diserang’ pengguna laman sosial. Alya berkata, segala kecaman dan fitnah yang dilemparkan mematangkan lagi dirinya. “Saya terima semua nasihat, keritikan, sindiran dan fitnah sebagai sesuatu yang mematangkan saya. Saya akui pernah melakukan kesilapan di masa lalu, tapi saya yakin Allah Maha Adil dan Maha Berkuasa. Saya berdoa dan berusaha agar kehidupan saya menjadi kehidupan yang diberkati dan diredai Allah,” katanya di Instagram Stories.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan Alya mengakui sudah bertunang dengan lelaki itu pada 27 Februari lalu. Namun, dia memutuskan perhubungan itu pada Mac apabila kehadirannya tidak diketahui dan dipersetujui isteri lelaki berkenaan. Dalam kenyataan sama juga, Alya berkata dia sudah memulangkan semua hadiah yang diberikan kepadanya. Sumber, harian metro

Exit mobile version