Ada yang bandingkan Diana Danielle dengan Janna Nick, sekali selamba je Diana respon macam ni

Penyanyi dan juga pelakon , Diana Danielle telah meluahkan rasa teruja selepas terpilih untuk berkolaborasi bersama penyanyi Britain, Calum Scott yang memberikan nafas baru pada lagu barunya, ‘Heaven’ yang melakukan kolaborasi dengan artis berbakat dari Asia Tenggara termasuklah Filipina, Vietnam, dan Indonesia. Menerusi hantaran di Instagram, Diana dilihat memuatnaik klip nyanyiannya bersama Calum Scott yang bakal ditayangkan pada 8 malam ini di Youtube. Tinjauan di ruangan komen mendapati rakan selebriti Elfira Loy, Betty Rahmad, Siti Saleha dan ramai lagi meluahkan rasa teruja malah turut menitipkan ucapan tahniah di atas kolaborasinya bersama penyanyi Britain itu.

Warganet Membandingkannya Dengan Lagu ‘Gatal’ Janna Nick

Namun, apa yang jadi perhatian adalah komen warganet yang menyifatkan lagu nyanyian Diana Danielle adalah muzik yang dimahukan orang ramai, dan bukan seperti lagu ‘Gatal’ Janna Nick. Diana kemudian membalas komen warganet tersebut dengan memberitahu bahawa dia rasa bangga dengan Janna yang telah menghasilkan sebuah lagu yang catchy, sehingga dikenali satu dunia termasuklah penyanyi Korea Selatan PSY yang turut menggunakan lagu Janna Nick ‘Gatal’ sebagai background dalam videonya di Instagram. “Saya rasa bangga dengan Janna. Ianya bukan mudah untuk hasilkan lagu yang hit. Lagu tu terkenal satu dunia sebab concept dan lagu yang catchy, if i may so myself.”-Kata Diana. Setiap muzik mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Jangan lupa tonton setiap versi lagu ‘Heaven’ yang dikeluarkan bersama muzik video rasmi pada 9 Jun 2022 (Khamis) jam 8 malam di Youtube.

Sumber, Murai.my

Exit mobile version