Ramai yang minta tips mudah bersalin pada elfira Loy, sekali ni perkongsian dari Elfira buat ramai yang kagum

Benarlah kata orang, lain anak lain cara kelahirannya. Bagi pelakon, Elfira Loy, dia melalui dua pengalaman yang berbeza pada kelahiran normal dua anaknya.Dua kelahiran berbeza dengan kontraksi yang berlainan membuatkan dirinya sentiasa bersedia dalam apa jua keadaan. Namun kata Elfira, dia tekad untuk bersalin normal. Menerusi Insta Storynya, ibu cantik kepada dua cahaya mata ini menjawab pelbagai persoalan dari pengikutnya di Instagram. Salah satu soalan yang dijawab oleh Elfira adalah mengenai tip bersalin dengan mudah. Menurut kata El, dia bersyukur kerana bertemu dengan midwifes yang begitu baik membantu dua kelahiran anaknya. “I am thankful for great midwives that i got for both pregnancies. El tak pergi any antenantal class, jadi memang mengharapkan whatever happens in the labor room tu lah yang akan bantu. “My tip is to talk to your gynae first. I memang seyakinnya nak beranak normal dengan izin Allah lah if no complications. So if there’s many options during labor.

“Beranak normal dengan selamat is my priority walaupun kena tahan sakit ke, kena push lebih ke, janji normal. Bila kita yakin, gynae pun yakin. Sama-sama doa beranak normal,” tulis Elfira berkongsi. Malah kata Elfira lagi berkongsi tipnya, apa yang dilakukannya adalah mengikut sahaja arahan yang diberikan oleh perbidanan ketika proses menolak bayi keluar. Paling utama kata El, sentiasa tenang dan mendengar setiap arahan dengan baik. Bukan itu sahaja, bahkan isteri kesayangan Faris Khairol Anuar ini juga turut menasihati pengikutnya untuk mengambil epidural untuk kelahiran yang lebih tenang dan lancar. “Second to relax and listen to your midwife carefully. Bila dia suruh push baru push, hold as long as you can. Aduhh i nak share the video tu tapi malu haha.

“And my last tips. Nak cakap please take epidural if you want a smooth and chill labor. “Tapi my second one ni, epidural buat i restless so we were to turunkan the dose. “So hujung-hujung tu dah boleh rasa dah sebab pressure dah takut. El nak bersalin cepat, El fokus nak beranak. Takut woo,” kongsinya lagi. Terdahulu, Elfira selamat melahirkan bayi keduanya yang diberikan nama Nur Aria Mikayla Mohamad Faris pada 20 Mei lalu dan kini ibu kepada dua cahaya mata ini sedang melalui momen indahnya berpantang. Sumber, kv

Exit mobile version