Jangan main makan aja, Ketahui buah buahan yang perlu dielak jika anda pesakit diabetes

Ramai yang abaikan perkara ni, tahukah anda tembikai mengandungi kandungan gula yang tinggi dan tidak sesuai dimakan oleh pesakit diabetes. Penderita sakit diabetes memang digalakkan untuk makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran apatah lagi ia mengandungi vitamin, mineral, antioksidan serta gula semula jadi yang disebut fruktosa. Akan tetapi, terdapat beberapa jenis buah yang sebaik-baiknya dielakkan kerana kandungan gula yang tinggi. Buah-buahan dengan kadar gula yang tinggi atau memiliki indeks glikemik (GI) di atas 60 atau 100 boleh memburukkan keadaan pesakit diabetes. Medical News Today melaporkan terdapat empat jenis buah dengan kandungan gula yang tinggi dan ia perlu dielakkan.

Tembikai

Ramai tak tahu rupanya dua potong tembikai mengandungi 5.5 gram karbohidrat dengan indeks glikemik mencapai 76 yang cukup tinggi bagi penderita kencing manis. Nanas, secawan nanas yang dipotong mengandungi sekitar 5.5 gram karbohidrat dengan indeks glikemik sama seperti tembikai iaitu 76.

Pisang masak

Sebetulnya pisang bagus untuk pesakit diabetes tetapi sebaik-baiknya elak makan pisang yang terlalu masak. Ini kerana 100 gram pisang mengandungi 20 gram karbohidrat dengan indeks glikemik antara 70-100. Buah kering, sebaik-baiknya, elak makan buah-buahan kering atau jeruk kerana biasanya ia dibuat dengan menambah gula, garam dan bahan pengawet yang membahayakan pesakit.

Jus buah-buahan

Pengambilan jus buah-buahan di antara waktu makan boleh meningkatkan parasa gula dalam darah pesakit diabetes berbanding mengambil buah secara terus. Sebaik-baiknya, jika teringin minum jus buah-buahan, ia perlulah dalam kuantiti berpada-pada dan tidak ditambah dengan gula. Sementara itu, buah-buahan yang cukup sesuai dimakan oleh golongan ini adalah seperti epal, apricot, anggur, mangga dan buah oren. Sumber, mstar

Exit mobile version