Umum lagi kita kenali dengan penyanyi ini. Kuala Lumpur “Insya-Allah, sedikit sahaja masa lagi,” demikian ulas penyanyi Wany Hasrita apabila ditanya mengenai hari bahagia yang b.akal berlangsung, tahun ini. Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH ABPBH Ke31 itu berkata, jika tiada halangan, ia bakal menjadi kenyataan, tidak lama lagi. “Jika tanya adakah saya sudah bersedia bergelar isteri, ia adalah fasa yang belum saya tempuhi lagi. Jadi, selagi belum berkahwin, saya tidak tahu memberi gambarannya. Namun, daripada aspek m.ental dan f.izikal, saya sudah bersedia,” katanya.
Sekadar info, pada tahun 2016, Wany telah menandatangani kontrak rakaman di bawah syarikat rakaman FMC Music Fantasia Music City. Setelah empat tahun menjadi artis di bawah label syarikat rakaman tersebut, beliau berjaya mengeluarkan beberapa single hit antaranya Menahan Rindu, Terlalu Mem.uja, Belenggu Rindu dan Canggung. Di YouTube, single pertamanya, iaitu Menahan Rindu ditonton melebihi 35 j.uta tontonan manakala lagu duetnya bersama Tajul Ariff, iaitu Disana Cinta Disini Rindu ditonton melebihi 15 j.uta tontonan.
Kongsi Bila Tarikh Dah Dekat
Penyanyi lagu Canggung itu berkata, setiap manusia tidak pernah puas dengan apa yang dilakukan. Begitu juga kerjaya seni yang dice.buri sejak enam tahun. Namun, tentunya ia pengalaman yang mematangkan saya, selain perlu banyak pembaharuan dilakukan. “Ini termasuklah keputusan saya melangkah ke alam perkahwinan. Saya perlu bijak mengimbangi soal kerjaya dan pe.ribadi,” katanya. Bekas graduan Sarjana Muda Sains Perubatan, Universiti Pengurusan dan Sains MSU, Shah Alam itu juga tidak berselindung, perasaan malu mula meng.uasai diri apabila diasak soal kahwin sejak tahun lalu.
Selagi tiada kata p.utus, saya tidak berani membuka mulut mengenainya. Andai diberitahu tarikh, tetapi jika takdir tidak menyebelahi saya dan bakal suami, kita juga tidak tahu kesudahannya. “Jadi, saya hanya mahu berkongsi detik ini apabila tarikhnya sudah dekat,” katanya. Wany berharap peminat terus memberikan sokongan sekalipun sudah berkahwin. Sehingga kini, peminat masih berdiri t.eguh di belakang saya. Sekalipun, ada masanya saya senyap tanpa berita dan tak selalu berkongsi perkembangan dalam media sosial hingga dianggap sepi, peminat tetap ada. “Terima kasih atas sokongan dan menyayangi saya selama ini,” katanya yang bakal berduet menerusi si.ngle kedua bersama Datuk Jamal Abdillah. Sumber, online malaya
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantausemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.