Mahu anak membesar seperti kanak kanak normal, Neelofa tampil dedah sesuatu tentang wajah anak

Umum lagi kita ketahui keputusan untuk tidak berkongsi wajah anak menerima pelbagai reaksi. Ada bersikap terbuka hati tetapi tidak kurang juga wujud individu yang tidak senang dengan tindakan selebriti terkenal Noor Neelofa.

Boleh melangkaui takdir

Biarpun banyak mulut yang bercakap di belakang, Neelofa menganggap pihak terbabit seperti tidak mempercayai kewujudan penyakit ain. Kata Neelofa, 33, dia dan suami, pendakwah Haris Ismail tetap dengan pendirian untuk mengutamakan kesihatan anak mereka, Muhammad Bilal. Jika ada yang mempermainkan mengenai perkara itu, sebenarnya seolah-olah mereka main-mainkan kewujudan ‘ain’ la. Bukan mereka sindir saya sebenarnya.

Malah hal itu di dalam hadis sahih pun sudah ada. Saya tidaklah arif sangat mengenai perkara ini, tapi saya sebenarnya mungkin boleh melangkaui takdir. Saya buat ini walau orang kritik macam mana sekali pun, kami fikir mengenai kesihatan serta kesejahteraan anak. Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor ditemui di majlis pelancaran Disney X Naelofar Alice In Wonderland di IOI City Mall, Putrajaya, pada Khamis.

Beri masa sedikit

Tambah bekas hos program MeleTOP, dia tidak berniat untuk menyembunyikan wajah Bilal tetapi menunggu masa yang sesuai. Tunggu bagi dia besar sikit. Bukanlah nak sorok atau tak mahu bagi orang tengok, tidak. Kalau boleh saya mahu dia membesar seperti kanak-kanak normal yang lain. Beri masa dia untuk kuat sikit. Bilal baru mula makan, bulan hadapan, jadi kita lihat bagaimana pertumbuhannya. Bila semuanya okay, kita akan perlahan-lahan kongsi wajahnya,

Dalam pada itu, usahawan terkenal ini mengakui dia turut mendapat sokongan positif daripada rakan artis antaranya pelakon dan pengacara Elly Mazlein. Macam Elly Mazlein sendiri pernah berkongsi. Dia melihat anaknya lebih ceria dan gembira bila ketika di sekolah, orang tidak kenal dia anak siapa. Jadi ia untuk kesihatan mental kanak-kanak. Mungkin kalau pergi mana-mana, kena kerumun atau ambil gambar nanti. Kasihan pada mereka juga.

Sebelum ini, Neelofa mengakui dia lebih berhati-hati dan belum bersedia untuk berkongsi wajah penuh Bilal bagi mengelakkan penyakit ‘ain (gangguan yang disebabkan pandangan). Neelofa mendirikan rumah tangga dengan Haris Mohd Ismail atau PU Riz pada 27 Mac 2021. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan Muhammad Bilal pada 29 Januari lalu. Sumber, oh bulan

Exit mobile version