Ramai yang mahu boikot filem Syamsul Yusof, Sekali ini kata kata berani Syamsul

Umum lagi kita ketahui dengan filem ini. Filem Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan akan ditayang di pawagam seluruh negara semalam. Ia membariskan pelakon hebat antaranya Datuk Adi Putra, Beto Kusyairy, Fattah Amin, Ellie Suriaty Omar, Farah Ahmad dan pelakon aksi terkenal Indonesia bertaraf Hollywood, Yayan Ruhian. Namun kerana kontroversi yang kini melanda rumah tangga Syamsul, menyebabkan ada segelintir dari warganet yang mahu memb0ikot filem keluaran terbaru beliau, iaitu Mat Kilau

Tanpa berdiam diri, Syamsul tampil menjawab di IG rasmi beliau. Syamsul ada memuat naik rakaman tempahan tiket filem Mat Kilau yang rata-rata penuh “Walau segelintir ingin memboikot filem, memboikot sy ‘lets cancel syamsul yusof’ & iri kejayaan dr Allah. “Namun mereka lupa..mereka bukanlah Tuhan. Aku hanya bergantung pada mu yg SATU ya Rabbi. Tiada yg Lain. Engkaulah tuhanku ya Allah. Maha pemberi rezki. Aku redha. “Dengan lafaz bismillah, Mat Kilau ditayangkan hari ini seluruh Malaysia Singapore Brunei.

Tiket boleh dibeli secara online tgv/gsc/mbo. Beli awal sebelum sold out. So far, cinema maklumkan mat kilau menjadi filem booking tiket tertinggi (sebelum showing) mengalahkan filem hollywood & filem negara asing. Katanya “Abg dah cakap, pengkarya Malaysia mampu! Just keep going make a good fckin film for the mass market! “Semua pengkarya Malaysia ayuhlah bersatu. #matkilau” tulis Syamsul di IG

Saya manusia biasa yang tak mampu kawal semuanya

Pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan, Syamsul Yusof, 38, sedia turun padang selepas ini bagi membuat kajian sendiri sekiranya dia masih ada peluang untuk mengarahkan sebuah lagi karya epik terbaharu pada masa akan datang. Ia berikutan, Syamsul mengakui dia sedar terhadap kesilapan pihaknya di atas dakwaan daripada beberapa persatuan seni silat yang komen mengenai keris dan tanjak digunakan dalam penghasilan filem berkenaan.

Katanya lagi “Saya sedar terhadap dakwaan itu yang mengaitkan komen beberapa persatuan tentang kesilapan penggunaan keris dan tanjak terutamanya. Apa yang boleh saya katakan, perkara ini sebenarnya untuk saya menghasilkan sesebuah filem epik seperti Mat Kilau ini, perlu ada kesungguhan dan ketelitian daripada semua pihak. “Macam saya, sebagai pengarah ada tanggungjawabnya. Begitu juga dengan penerbit ada tanggungjawab mereka termasuk pengarah seni. Jadi, kalau nak cakap soal itu (kesilapan), ia adalah kesilapan daripada pengarah seni filem Mat Kilau ini. Dia yang sepatutnya bertanggungjawab terhadap itu,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, Syamsul berkata walaupun pengarah seni yang buat silap, dia juga tidak boleh menuding jari 100 peratus kepada pihak itu, termasuk juga meletakkan kesilapan berkenaan kepada penerbit yang menjalankan kajian kerana selaku pengarah dia juga yakin 100 peratus kepada penerbit. ‘Apapun, sebagai pengarah saya faham harus memastikan segala-galanya dengan teliti. Tapi, saya adalah pengarah dan manusia biasa yang tak mampu mengawal semuanya. “Seperti yang kalian tahu, saya pengarah yang membuat banyak kerja dan banyak posisi dalam satu masa. Saya mengarah, menulis skrip termasuk saya juga ‘handle camera’ dan ‘everything’. Jadi, apa yang saya berikan itu sudah yang terbaik dan termampu dibuat. Saya tak dapat pastikan untuk segala-galanya,” katanya.

Justeru, Syamsul berharap janganlah kerana isu yang timbul itu menyebabkan kita terus berbalah dan mengeruhkan lagi keadaan kerana segala apapun juga tiada yang sempurna. “Apa yang penting, mereka (persatuan) juga harus tahu kami (penerbitan filem) juga sudah memberi yang terbaik. Insya-Allah, jika pada masa depan sekiranya saya ada lagi nak hasilkan filem epik, maka saya sendiri akan buat kajian itu dan datang berjumpa mereka, tiada masalah. “Bagi filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ini, apa yang penting kita orang Melayu bangkit kerana itu objektif utama karya seni ini dihasilkan. Semoga kehadiran filem ini juga dapat menyemarakkan semula aktiviti menonton filem tempatan di pawagam selepas dua tahun menghadapi C0 vid-19,” katanya. Sumber, rose merah

Exit mobile version