Mahu lihat anak berjaya dengan bidang lain, Lisa Surihani tidak mahu anak terdedah dengan dunia lakonan

Umum memang kita kenali artis ini. Pelakon Datin Lisa Surihani teruja melibatkan kedua-dua anaknya, Yahaira Leanne dan Yusof Leonne dalam penggambaran video keselamatan dalam pesawat syarikat penerbangan Malaysia Airlines dan Enfiniti (M) Sdn. Bhd. baru-baru ini. Kongsi Lisa, sebelum menerima pelawaan Puan Seri Tiara Jacquelina, dia mengambil sedikit masa memikirkan keselesaan kedua-dua anaknya sebelum memberi kata putus.

Katanya lagi “Sebenarnya Puan Seri Tiara pada mulanya memanggil suami saya bekerjasama untuk mengarahkan muzik video tersebut, kemudian beliau mempelawa saya untuk turut serta sekali. “Tanpa memikir panjang saya menerima pelawaan itu dan beliau meminta untuk bawa bersama dua anak saya (Yahaira Leanne & Yusof Leonne) turut serta dalam video tersebut. “Saya mengambil masa untuk membuat keputusan, sudah pasti saya perlu memikirkan terlebih dahulu tentang keselesaan anak-anak, dikhuatiri mereka tidak selesa dan sebagainya. “Dan akhirnya saya memutuskan untuk bawa bersama mereka, ini juga merupakan kemunculan kami satu keluarga di dalam muzik video.

Katanya “Bila mereka dan berlakon tu, pada mulanya mereka tidak faham berkenaan apa muzik video ini, jadi saya perlu menjelaskan kepada mereka sehingga mereka memahaminya dan saya melihat reaksi mereka sangat seronok,” katanya kepada Gempak. Dalam pada itu, Lisa memberitahu dia tidak bercadang untuk mendedahkan anak-anaknya kepada industri lakonan kerana usia mereka masih terlalu awal. “Saya tidak boleh memberi kata putus berkenaan hal itu lagi, terlalu jauh lagi dan mereka masih muda. “Saya masih memikirkan zaman kanak-kanak mereka, persekolahan, pendidikan dan juga agama di dalam diri mereka.

Akhir sekali darinya “Saya teringin untuk melihat anak saya berjaya sebagai seorang doktor, peguam dan sebagainya,” tambahnya yang hadir sebagai salah seorang tetamu jemputan dalam siaran langsung MeleTOP pada Selasa. Dalam perkembangan lain, Lisa sedang mengemudikan sebuah program berjudul Sakinah Mawaddah Warah di saluran Astro Oasis setiap rabu jam 7:30 malam. Sumber, gempak

Exit mobile version