Siapa tak kenal dengan artis awet muda ini. Pelakon Rita Rudaini mengakui pengalaman berpisah dengan anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin merupakan momen sukar yang perlu dilaluinya.Kata Rita, sepanjang membesar, Airit Rayyan, 13, tidak pernah berenggang dengannya sehinggalah mereka akhirnya berpisah untuk memasuki sekolah berasrama penuh di Negeri Sembilan pada April lalu.”Selama ini kami memang tak pernah berenggang langsung, kalau keluar pun saya dengan anak-anak sahaja.”Sekarang ni, setiap malam saya akan tunggu Rayyan telefon… (rasanya) macam tunggu boyfriend telefon, dengar deringan pertama je terus cepat-cepat angkat.
Kata Rita “Adik dia pun ada kata sunyi dekat rumah… bila kami sembahyang sama-sama, waktu bagi salam tu selalu dua orang anak salam saya, tapi sekarang ini tinggal seorang ni je la.”Lepas tu, kami berdua mulalah berpelukan sambil menangis sebab rindu abang Rayyan dia,” katanya.Walaupun sedih terpaksa berjauhan dengan anak, namun Rita tidak akan sesekali menghalang sekiranya anak bongsunya, Airit Qaqa Arjuna, 11, seandainya mendapat peluang untuk belajar di sekolah asrama kelak.
Katanya lagi “Saya memang cepat tersentuh hati kalau pasal anak-anak… Saya juga pernah tersasul panggil nama Rayyan kat rumah.”Bila Arjuna tengok saya menangis bila rindukan abang dia, dia kata dia tak nak la masuk asrama… tapi saya suruh dia pergi juga.”Saya cakap dengan dia ‘tidak mengapa, mummy boleh duduk seorang’,” katanya.Untuk rekod, Rita, 46, mempunyai dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 13, dan Airit Qaqa Arjuna hasil perkahwinan dengan bekas suami, pemain bola sepak, Aidil Zafuan Abdul Radzak. Sumber, gempak
Rita Rudaini Luah Rasa Sedih Hantar Anak Masuk MRSM. Ramai Warganet Turut Bangga Dengan Ketabahan Dan Pengorbanan Rita. Pelakon Rita Rudaini meluahkan rasa sebak selepas menghantar anak sulungnya, Airit Rayyan Rizqin memasuki sekolah berasrama penuh Maktab Rendah Sains Mara (MRSM). Menurut Rita, 45, dia yang selama ini tidak pernah berjauhan dengan anaknya itu mengalirkan air mata sedih bercampur gembira melihat pencapaian anaknya itu. “Saya ibu yang normal. Rasa sakit, pedih itu dah biasa. Macam mana hujan lebat hari ni macam tahu derasnya air mata saya hari ni. “Air mata gembira bercampur dengan sebuah rasa. Rasa itu adalah rasa cinta, sayang, rindu. Kami tak pernah berenggang, harini kami berjauhan,” tulisnya. Menerusi platform TikTok, Rita turut berkongsi video momen memeluk Airit ketika menghantar anaknya itu. Tambah bekas isteri penyerang JDT, Aidil Zafuan Radzak itu lagi, dia cukup berbangga melihat anaknya dibesarkan oleh seorang ibu tunggal. “Mommy sedih sampai dada sakit dalam pada yang sama mommy gembira dengan anak yang hanya dibesarkan oleh ibu tunggal, melangkah setapak lagi ke depan. “Mommy sentiasa menjadi sayap kiri dan kanan mu. Fly high Airit Rayyan Rizqin,” jelas Rita lagi. Video, klik link
Sementara itu di ruangan komen, ramai wargamaya menitipkan ucapan tahniah di atas kejayaan Rita yang berjaya mendidik anaknya sehingga melayakkan diri ke sebuah sekolah berprestij. Malah, kekuatan Rita sebagai ibu tunggal dalam membesarkan anak-anaknya turut menjadi inspirasi kebanyakkan wargamaya terutamanya wanita. Antara komen warganet “@Cahaya Cinta:sebak anak tu tanpa ayah di sisi. Tahniah Rita kuat besarkan anak-anak. Hebat awak.”“@blackbeautyz:Hmmmm kita yang nangis tengok. Dari baby sampai besar kita tengok Rayyan. All the best Rayyan moga dipermudahkan segala urusan.”“@eisyaelisya:tahniah abang Rayyan. Nanti jaga ibu ye, buktikan yang Rayyan mampu jaga ibu dan adik walaupun tanpa ayah. ”“@mum mirairfanassyifa:Semangat luar biasa kak Rita, dari down sampai bangun semula tahniah Rayyan. “@juesufi:Rita seorang ibu tnggal yang hebat. Berjaya didik anak-anaknya dunia akhirat dan Rita buktikan dia seorang wanita yang berjaya mendidik anak-anak tanpa seorang lelaki di sisinya.”“@iamfieza:Sian tengok anak-anak Rita ni dari kecik sampai besar tak rasa kasih sayang sepenuhnya dari ayah dia, padahal ayah ada lagi. Taniah Rita kuat demi anak-anak tersayang. ”Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 450,000 tontonan daripada warga TikTok. Untuk rekod, Rita dan Aidil, 34, pernah berumah tangga pada tahun 2008, namun jodoh mereka tidak panjang dan bercerai pada September 2013. Bagaimanapun, hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua putera iaitu Airit Rayyan Rizqin, 13, dan Airit Qaqa Arjuna, 11. Sumber, gempak