Siapa tak kenal dengan aktor popular ini, Faizal Hussein akui tidak menerima tawaran berlakon secara suka-suka demi menjaga nilai eksklusif penjenamaan dirinya. Berikut merupakan kenyataan yang beliau nyatakan.
Bayaran & Kualiti Skrip
Menurut Faizal, antara aspek utama yang dipertimbangkan adalah nilai bayaran dan kualiti skrip. “Saya agak memilih dalam menerima tawaran kerja. Aspek pertama yang saya pertimbangkan adalah bayaran, kemudian kualiti skrip. Namun pernah juga saya terima tawaran dengan bayaran yang tidak cukup tinggi disebabkan skripnya amat bagus sekali. “Saya tak ada masalah untuk duduk di rumah selama lima atau enam bulan sementara menunggu masa terlibat dengan projek seterusnya. Mungkin sesetengah pelakon lain akan mengeluh duduk rumah beberapa bulan tidak menerima tawaran, saya okay sahaja.
Katanya lagi “Saya tidak mahu terlalu terdedah dengan terlampau banyak menerima tawaran filem atau drama, itu yang membuatkan saya eksklusif. Saya juga kurang menerima anugerah, tidak mengapa kerana saya berlakon tanpa meletakkan sebarang target pada berapa anugerah yang sepatutnya dimenangi,” katanya. Faizal berkata demikian ketika ditemui di majlis pelancaran slot program sitkom Awesome TV di Hotel Royal Chulan, Damansara pada Rabu.
Tak Pernah Bosan Bekerja
Dalam pada itu, Faizal yang baru memasuki usia 55 tahun Selasa lalu mengatakan dirinya tidak pernah puas berlakon selagi mempunyai kudrat. “Pada usia sebegini, saya tak pernah rasa tua dan belum puas lagi bekerja. Banyak lagi watak yang perlu saya cuba. “Jadi, selagi saya mampu bergerak, saya tidak akan mengucapkan selamat tinggal kepada dunia lakonan. Saya tak pernah bosan untuk bekerja,” katanya lagi. Selain Faizal, sitkom yang dihasilkan Awesome TV berjudul Dak Dak Ofis itu akan turut menampilkan bintang lain seperti Amy Mastura, Eyka Farhana, Eric Fuzi dan Ajak Shiro. Sumber, murai