Kuala Lumpur, Pelakon Yoe Parey menjelaskan terpaksa menutup gerai goreng pisang miliknya yang beroperasi sebelum ini di Kampung Padang Pak Amat, Pasir Puteh akibat masalah tertentu. Yoe Parey atau nama sebenarnya Mohammad Ashrul Hakim Lukman berkata, keputusan ini dibuat kerana kecewa gerainya kerap dipecah masuk. “Tiga kali kedai saya kena pecah masuk. Saya buat laporan di Balai Polis Pasir Puteh dan mereka datang buat siasatan. “Sekarang kedai ini diserahkan kepada orang lain yang jual ayam. Saya pula tolong ayah buat budu yang dah lama diusahakan. Saya pergi hantar budu ke kedai runcit. “Satu dozen harganya cuma RM20. Kalau jual sebotol biasanya RM2 sahaja. Bagi saya berlakon dan berniaga ada keseronokan yang tersendiri,” katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, Yoe dan Asif dipopularkan oleh Syahmi Sazli menerusi drama pendek di YouTube sebelum diangkat menjadi bintang utama filem Mael Totey The Movie yang berjaya mengutip lebih RM6.4 juta sepanjang ditayangkan di Astro First sejak 22 Oktober tahun lalu. Fenomena ini membuatkan gerai Goreng Pisang Yoe Parey menjadi tumpuan masyarakat setempat serta dari luar yang bertandang ke Kelantan. Menurutnya lagi, dia kini berhati-hati apabila keluar ke mana-mana kerana bimbang dengan individu yang berniat jahat. Kedai Joe Parey, Padang Pak Amat. Terbaru Yoe Parey bersama Asif dan Syahmi tampil dengan filem 35mm arahan bersama Syahmi dan Seni Bayan yang diterbitkan Nine Flix Production.
Selain mereka, 35mm turut dibintangi Syahmi, Kenji Sawahii, Puteri Kapitan Hung, Hushairy Hussein , Melanie Tan, Ainul Yakin, Mohammad (Abe Mat), Xing Hu, MN Badri, Wea Selamos, Mamu Abu dan ramai lagi. 35mm berkisarkan mengenai tiga sahabat, Syahmi, Asif, Yoe yang terperangkap dalam pengembaraan ke beberapa zaman berlainan selepas membeli sebuah kamera antik. Antara zaman yang dilawati adalah pada era Dinasti Cina, zaman pendudukan Jepun dan pemerintahan British. Filem genre pengembaraan, fantasi dan komedi itu ditayangkan di Astro First sejak 21 Jun. Walaupun ditawarkan bayaran tinggi oleh syarikat produksi lain, pelakon istimewa iaitu Yoe Parey dan Asif Suhaimi tetap enggan menerima tawaran itu kerana hanya mahu berlakon dengan produksi milik Syahmi Sazli saja.
Syahmi yang juga individu bertanggungjawab mencungkil bakat Yoe dan Asif dalam drama pendek di YouTube kini tampil dengan filem berjudul 35mm lakonan dua pelakon dari Kelantan itu. Yoe ketika ditemui berkata, ada penerbit lain pernah datang ke rumah memujuknya berlakon, tetapi dia menolaknya.
“Kami selesa berlakon dengan Syahmi sebab dah bertahun kenal dia. Kalau orang lain tanya, saya senyap terus. Bayaran bukanlah persoalan utama kerana kami berlakon disebabkan minat. Syahmi sangat baik dengan kami,” katanya. Yoe dan Asif dipopularkan Syahmi menerusi drama pendek di YouTube sebelum diangkat menjadi bintang utama filem Mael Totey The Movie yang berjaya mengutip lebih RM6.4 juta sepanjang ditayangkan di Astro First sejak 22 Oktober tahun lalu.
35mm arahan bersama Syahmi dan SeniBayan yang diterbitkan Nine Flix Production. Filem genre pengembaraan, fantasi dan komedi itu ditayangkan di Astro First bermula hari ini. Yoe berkata, dia teruja, seronok dan bersemangat untuk tampil dengan filem ini dan berharap ia mendapat sambutan sama seperti Mael Totey The Movie. “Saya juga harap filem ini disambung sebab saya suka menjayakannya. Walaupun penat, saya tetap jalan. Ketika penggambaran saya berdepan masalah angin pasang sehingga terpaksa menjalani operasi dan berehat hampir sebulan tapi saya tetap bersemangat menghabiskannya,” katanya. Sementara itu, Asif yang bergelar Artis Komedi Popular Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34, turut mengharapkan filem ini mendapat sambutan hebat bukan saja peminat dari Kelantan tetapi juga dari seluruh negara.
Selain mereka, 35mm turut dibintangi Syahmi, Kenji Sawahii, Puteri Kapitan Hung, Hushairy Hussein , Melanie Tan, Ainul Yakin, Mohammad (Abe Mat), Xing Hu, MN Badri, Wea Selamos, Mamu Abu dan ramai lagi. 35mm berkisarkan mengenai tiga sahabat, Syahmi, Asif, Yoe yang terperangkap dalam pengembaraan ke beberapa zaman berlainan selepas membeli sebuah kamera antik. Antara zaman yang dilewati adalah pada era Dinasti Cina, zaman pendudukan Jepun dan pemerintahan British. Setiap era yang dilewati pasti mempunyai cabaran yang perlu mereka hadapi bagi meloloskan diri. Apabila mereka berada pada 1997, Yoe merasa hiba kerana buat pertama kali berjumpa ibu bapanya. Namun, mereka perlu kembali di tahun 2020 walau apa cara sekalipun. Penggambaran dijalankan di Pulau Pinang dari Disember sehingga Mac lalu. Yoe Parey (kiri) bersama Syahmi Sazli (tengah) dan Asif Suhaimi dalam filem 35mm. Kredit, hmetro