Sara Ali dedah pernah bekerja dengan pengarah yang tak fahami skrip, Sara akui tidak mahu buang masa selepas ini

Pelakon Sara Ali mendedahkan dia pernah berhadapan dengan pengarah yang tidak memahami skrip ketika terlibat dalam sebuah penggambaran satu ketika dahulu. Kata Sara atau nama penuhnya Siti Sarah Hairi Ali, 32, sepatutnya seorang pengarah yang bagus perlu memahami jalan cerita yang hendak dikemudikan. “Saya pernah terlibat dengan pengarah yang tidak memahami skrip dan jalan cerita. Bagi saya amat penting jika seorang pengarah itu memahami skrip sebelum memikul tanggungjawab itu. “Jika dia (pengarah) sendiri tak faham apa yang diarahkan, bagaimana hendak mengemudi sesebuah drama atau filem itu. “Saya tidak membangkitkan hal ini ketika itu demi kesejahteraan semua. Jadi saya layankan sahaja,” katanya kepada Astro Gempak.

Sara ditemui selepas siding media pelancaran drama Astro Original Series, Murder By Moonlight yang diadakan di GSC Mid Valley, Megamall pada Selasa. Justeru, Sara berpendapat seseorang pelakon itu berhak untuk memilih siapa pengarah yang dirasakan sesuai untuk bekerjasama sebelum menerima sesuatu tawaran lakonan. “Sekarang, saya tak kisah sama ada skrip itu bagus atau tidak kerana yang paling penting adalah kualiti pengarah, pengarah fotografi dan pasukan produksinya.

Kata Sara lagi “Minta maaf. Saya dah 32 tahun sekarang dan saya tak mahu membuang masa saya untuk berlakon dalam karya yang teruk. “Kalau seseorang pengarah itu boleh menilai seseorang pelakon, pelakon juga boleh melakukan perkara sama untuk menilai cara pengarahan pengarah itu. Kami tahu siapa pengarah yang kami mahu dan tak mahu untuk bekerjasama,” tegasnya. Dalam perkembangan terkini, Sara bakal muncul dalam siri Murder by Moonlight bersama barisan pelakon lain seperti Sharifah Amani, Wan Hanafi Su, Riz Amin, Thanuja Ananthan, Brian Chan, Radhi Khalid, Ruzana Ibrahim, Hana Nadira, Tiara Anchant, Amanda Ang dan Amir Ameezan.

Episod pertama Murder By Moonlight akan ditayangkan secara serentak di saluran Astro Citra dan Astro Ria pada jam 9.00mlm, 1 Ogos. Manakala untuk minggu-minggu seterusnya, saksikan siri drama premium ini setiap hari Isnin, jam 9.00 malam, di Astro Citra atau pilihan alternatif strim di Astro GO atau On Demand. Sumber, gempak

Exit mobile version