Umum mengetahui yang usahawan kontroversi, Nur Sajat yang kini berada di Australia ‘enggan’ pulang ke tanah air memandangkan beberapa perkara dan isu yang melibatkan dirinya dan juga pihak berkuasa serta mahkamah. Keengganannya untuk tidak pulang ke Malaysia turut dapat dilihat sewaktu bapanya jatuh sakit beberapa bulan lalu. Ketika itu, Sajat hanya mengirimkan wang rawatan selain melepaskan rindu menerusi panggilan video.
Terbaharu, difahamkan yang Sajat terbang ke Singapura bagi bertemu dengan anak-anaknya. Bagaimanapun, hasrat hatinya ingin bersua muka dengan belahan jiwa tidak kesampaian apabila Sajat tidak dibenarkan masuk ke negara itu. Menerusi satu perkongsian di Instagram, Sajat yang tiba di negara tersebut tidak dibenarkan masuk dan dihantar semula pulang ke Australia. “Ummi dah buat yang terbaik untuk kita berjumpa. Ummi datang jauh-jauh untuk jumpa anak-anak ummi akur keputusan. Maafkan ummi sayang.
Luahnya lagi “Ini je peluang yang immi jumpa anak ummi. Maafkan ummi sayang. Ummi kena hantar balik ke Australia, I’m really sorry,” luahnya. Sebelum ini, Sajat difahamkan akan datang ke Singapura atas urusan perniagaan dan kesempatan itu juga digunakan untuk dengan anak-anaknya. Mengikut informasi yang dikongsi, Sajat sepatutnya berada di Singapura pada 16 hingga 18 September untuk menghadiri ekspo The Wedding Asia 2022. Sumber, gempak
Sajat Luah Rasa Sedih Rindu Pada Anak Anaknya Buat Ramai Warganet Turut Sebak. Siapa tak kenal dengan usahawan popular ini. Terbaru di Instagram Story milik Sajat, dia ada berkongsikan kepada peminat gambar kedua-dua anaknya pada tahun 2020 dan sedang berada di ruang menunggu lapangan terbang. Dalam Instagram Story tersebut, Sajat meletakkan gambarnya bersama anak-anaknya beserta lagu yang agak pilu dimainkan. Bukan itu sahaja, Sajat juga kelihatan sedang berada di lapangan terbang sambil membawa pasport dan bag ‘luggage’ seolah-olah sedang menuju kesesuatu tempat.
Warganet Kongsi Sesi ‘Live’
Ketika di lapangan terbang, Sajat sempat membuat sesi ‘live’ bersama-sama peminat melalui akaun TikToknya. Perkongsian tersebut telah di ‘screenshot’ dan dikongsikan semula oleh seorang pengguna TikTok dan dalam video itu, kelihatan Sajat sedang menahan kesedihan merindukan anak-anaknya.
Netizen Turut Sebak
Melihat diruangan komen, rata-rata warganet turut merasa sebak dengan perkongsian tersebut dan mendoakan semoga urusan Sajat dipermudahkan untuk berjumpa dengan ahli keluarganya. Dia pun manusia tau, ada hati & perasaan. Apa apa pun doa yang baik baik untuk dia Sajat ni walaupun selalu buat kelakar jauh di hati dia rindu sangat anak dia.. Siapa pun dia di masa lalu, percaya la, dalam dirinya terlalu rindu suasana dulu ketika family serta anaknya ada di sisi nya..terlalu rindu yg tidak dapat diungkap. Perkongsian tersebut telah mendapat 28 ribu ‘like’ dan 504 komen dari warganet. Sumber, murai