Sajat luah rasa sedih rindu pada anak anaknya buat ramai warganet turut sebak

Siapa tak kenal dengan usahawan popular ini. Terbaru di Instagram Story milik Sajat, dia ada berkongsikan kepada peminat gambar kedua-dua anaknya pada tahun 2020 dan sedang berada di ruang menunggu lapangan terbang. Dalam Instagram Story tersebut, Sajat meletakkan gambarnya bersama anak-anaknya beserta lagu yang agak pilu dimainkan. Bukan itu sahaja, Sajat juga kelihatan sedang berada di lapangan terbang sambil membawa pasport dan bag ‘luggage’ seolah-olah sedang menuju kesesuatu tempat.

Warganet Kongsi Sesi ‘Live’

Ketika di lapangan terbang, Sajat sempat membuat sesi ‘live’ bersama-sama peminat melalui akaun TikToknya. Perkongsian tersebut telah di ‘screenshot’ dan dikongsikan semula oleh seorang pengguna TikTok dan dalam video itu, kelihatan Sajat sedang menahan kesedihan merindukan anak-anaknya.

Netizen Turut Sebak

Melihat diruangan komen, rata-rata warganet turut merasa sebak dengan perkongsian tersebut dan mendoakan semoga urusan Sajat dipermudahkan untuk berjumpa dengan ahli keluarganya. Dia pun manusia tau, ada hati & perasaan. Apa apa pun doa yang baik baik untuk dia Sajat ni walaupun selalu buat kelakar jauh di hati dia rindu sangat anak dia.. Siapa pun dia di masa lalu, percaya la, dalam dirinya terlalu rindu suasana dulu ketika family serta anaknya ada di sisi nya..terlalu rindu yg tidak dapat diungkap. Perkongsian tersebut telah mendapat 28 ribu ‘like’ dan 504 komen dari warganet. Sumber, murai

Tular Satu Rakaman Sajat Di Lapangan Terbang, Warganet Pertikaikan Tentang Video Itu. Umum lagi memang kita ketahui dengan usahawan sensasi ini sebelum ini, murai ada melaporkan mengenai berita kesihatan bapa kepada usahawan kontroversi, Muhammad Sajjad Kamaruzzaman, atau lebih dikenali sebagai Nur Sajat kini berada dalam keadaan tenat. Warganet Persoalkan Kepulangan Sajat, dengan berita tersebut, ramai yang bertanyakan Sajat adakah dia akan pulang ke Malaysia apabila mengetahui keadaan ayahnya yang sedang tenat. Menurutnya, dia memutuskan untuk tidak pulang ke Malaysia disebabkan beberapa faktor.

Muat Naik Gambar Di Lapangan Terbang

Terbaru di Instagram miliknya, Sajat memuat naik satu video dia yang kini berada di lapangan terbang. Dalam perkongsian tersebut, dia menunjukkan persediannya untuk berlepas ke sesuatu tempat dengan menyatakan “bersedia untuk terbang”. Pulang Malaysia Atau Bercuti. Perkongsian tersebut mendapat perhatian warganet dan ramai yang bertanyakan adakah Sajat akan pulang ke Malaysia menziarahi bapanya. Walaupun persoalan tersebut tidak dijawab oleh Sajat, tetapi ada juga yang berpendapat bahawa Sajat sedang merancang untuk pergi bercuti kerana terdapatnya tanda pagar #moodtravelgirls pada hantaran tersebut. Sumber, murai

Exit mobile version