Rampas Cintaku jadi bualan hangat, Rupanya ini plot twist drama yang ramai tak tahu

Memang tak asing lagi semua dengan drama ini. Siri Original tempatan yang dibawakan platform penstriman Asia, iQIYI berjudul Rampas Cintaku menduduki carta kedua tertinggi di platform terbabit ketika hari pertama tayangan pada 23 September lalu. Episod pertama Rampas Cintaku bermula dengan kejutan kisah pembohongan dan babak penuh emosi apabila panggilan telefon yang tidak dijangka daripada Datin Safieya (lakonan Fasha Sandha) terhadap suaminya Datuk Jefri (lakonan Zarul Husin) membawa kepada pembongkaran hubungan sulit suaminya apabila terdengar suara suaminya sedang melakukan hubungan 1ntim dengan perempuan simpanan.

Bosan dengan segala pembohongan, Safieya menghidupkan semula kehidupan aktiviti sosial di kelab malam sehingga bertemu dengan bekas teman lelakinya lakonan Aidil Aziz. Rampas Cintaku turut mengisahkan Rizal (lakonan Afieq Shazwan) yang bekerja di kelab terbabit dan menjadi hero apabila menyelamatkan Safieya dengan memvkul bekas teman lelakinya itu sehingga pengsan. Rizal berada di Kuala Lumpur untuk mendapatkan wang bagi membayar hutang keluarganya selepas kerap diganggu pengutip hutang.

Apa yang membuatkan Rampas Cintaku menerima maklum balas positif adalah keupayaan dalam menterjemahkan kehidupan realiti sebenar dengan membawa kembali kisah yang jarang diketengahkan dalam drama Melayu tempatan. Siri ini memaparkan risiko yang terpaksa ditanggung dalam mengejar kekayaan dan kebergantungan terhadap pengutip hutang hingga menjadikan Rizal terjerumus menjadi ‘anak ikan’ sebagai jalan terakhir.

Menerusi watak Datin Safieya pula penonton akan melihat adakah dia menyerah kepada g0daan atau memilih untuk mempertahankan keluarganya. Siri ini bakal ditayangkan selama 14 episod dengan plot twist yang dipenuhi dengan dendam, g0daan dan pendedahan berbahaya. Sumber, harian metro

Exit mobile version