Berita tentang perkahwinan Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan Omar dengan pasangannya Evanoza telah dihujani dengan ucapan tahniah daripada warganet. Rata-rata mereka mendoakan agar hubungan perkahwinan yang dibina akan berkekalan hingga ke akhir hayat selepas selamat memaklumkan sudah bergelar suami isteri pada pagi Jumaat. Evanoza juga sempat memuat naik video gambar-gambar perkahwinan mereka dan meminta agar orang ramai dapat mendoakan kebahagiaan mereka berdua. Walau bagaimanapun, menerusi perkongsian seorang wanita yang dipercayai ahli keluarga kepada Abang Viva dikenali sebagai Fauziyah Omar telah jadi perhatian ramai. Dalam posting tersebut, dia seolah-olah memberi bayangan seperti perkahwinan tersebut tidak direstui ibu bapa sehingga mendakwa yang sukarelawan itu mengabaikan orang tuanya selepas berkenalan dengan pengantin perempuan.
Dalam perkongsian itu juga, wanita tersebut ada meminta agar orang diluar sana berhenti bertanya atau bercakap mengenai pengantin lelaki kepada ibu dan bapanya kerana mereka sudah berhabis air mata mengenangkan perbuatan pasangan pengantin terhadap mereka. Walaupun tidak mendedahkan punca sebenar masalah tersebut, Fauziyah mengatakan niatnya membuat posting tersebut sama sekali bukan untuk mempermalukan meraka berdua. “Saya mohon kepada semua, “BERHENTI LAH BERCAKAP ATAU BERTANYA APA-APA MENGENAI DIA KEPADA MAK DAN AYAH SAYA. “Cukup lah dgn apa yg dah mak ayah sy tanggung kesan daripada perbuatan mereka. Cukuplah airmata yg telah jatuh ke pipi mak ayah sy yg dah tua. Berhenti kaitkan kami dgn mereka. JGN TAMBAH DERITA YG ADA.” tulisnya.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terkejut dengan pendedahan tersebut dan tertanya-tanya mengapa perkahwinan sukarelawan itu tidak direstui oleh keluarga. Namun, ada juga yang tinggalkan pesan supaya pemilik Facebook berkenaan tidak membuka aib keluarga dengan mendedahkan perkara ini kerana boleh saja ia dibincangkan secara kekeluargaan.
Menjengah ke akaun Facebook Evanoza, dia ada memuat naik beberapa status seakan meluahkan apa yang terjadi. Namun, dia seoalah-olah pasrah diaibkan sebegitu oleh keluarga pihak sebelah sana. Apa-apa pun, semoga salah faham ataupun masalah antara mereka dapat diselesaikan dan tahniah buat pasangan pengantin.
Sumber, Facebook Fauziyah Omar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.