Perkongsian pelakon Datin Almy Nadia menjadi perhatian meluahkan rasa bengang apabila anak sulungnya tidak mahu makan kerana guru di sekolah menyuruhnya untuk menurunkan berat badan. Menerusi entri di Instagram itu, Almy turut memaklumkan anaknya, Nur Adrina Arianna berusia 7 tahun itu mengikut arahan untuk mengurangkan makan jika tidak dia akan didenda oleh guru berkenaan. Dalam pada itu, Almu berkata dia akan ke sekolah untuk bertemu dengan guru berkenaan yang sibuk menyuruh anaknya untuk menguruskan badan. “Mama hang naik hantu harini. Tinggu isnin mama hang p panjat sekolah jumpa cikgu mana yang suruh kurus tu, hampa sibuk nak suruh anak aku kurus,” tulisnya.
Kena Kritik Oleh Warganet
Bagaimanapun, status Almy Nadya tersebut menerima padah apabila rata-rata warganet menegur dan mengkritik cara Almy Nadya ingin ‘sound cikgu tersebut, seolah-olah tidak mahu terima kenyataan. Untuk rekod, Almy mendirikan rumah tangga dengan Datuk Fizz Fairuz pada 2014 dan dikurniakan empat orang cahaya mata termasuk seorang anak angkat. Sumber: mstar. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Kena Buang Cepat Sebab Takut Pecah, Lama Menyepi Datuk Fizz Fairuz Dedah Keadaan Terkini Almy Nadia. PELAKON Datuk Fizz Fairuz memaklumkan isterinya iaitu Datin Almy Nadia terpaksa menjalani operasi selepas disahkan memiliki cyst dan juga mengandung di luar rahim. Menurut Fizz, ketumbuhan itu dikesan selepas Almy dimasukkan ke hospital bagi menjalani pemeriksaan doktor pada petang Jumaat. “Almy masuk bilik operasi pada pukul 6.30 petang tadi (Sabtu). Doktor kata ada cyst berdekatan rahimnya. “Cyst itu perlu dibuang cepat kerana takut pecah, jadi doktor cadang buat operasi segera,” katanya ketika dihubungi mStar. Sementara itu, Fizz memberitahu keputusan untuk membuat operasi itu dimaklumkan pada pagi Sabtu selepas laporan ujian drh diketahui. Katanya, operasi itu perlu dilakukan segera kerana bimbang boleh memberi kesan kepada kesihatan dan kandungan kelak.
“Dua hari lepas ambil drh untuk pemeriksaan, hari ini dalam pukul 8 pagi dia punya keputusan keluar. “Sekarang ini dia kena buat operasi secepat mungkin sebab nanti dia akan menganggu kandungan jika hamil kemudian hari. Dia mengandung sebenarnya tetapi mengandung luar rahim. “Bila doktor periksa dekat rahim kosong. Ada setitik ketulan dalam rahim tapi doktor kata bukan. Ujian air kecing kata positif (hamil). Bila buat pemeriksaan lain baru nampak ketulan dekat luar rahim. Cyst itu perlu dibuang cepat kerana takut pecah. “Ada cyst yang menganggu, kena buang cyst itu cepat dan kandungan luar rahim itu pun kena buang juga sebab takut pecah,” ujarnya. Dalam pada itu, Fiz juga memaklumkan keadaan kesihatan isterinya kurang baik serta mengalami lemah tubuh badan sejak kebelakangan ini. “Dia tunjuk simptom demam, cirit birit, sakit perut dan lemah. Itu yang kami pergi buat pemeriksaan doktor tu,” tambahnya. Untuk rekod, Almy telah mendirikan rumah tangga dengan Fizz pada 26 April 2014 dan pasangan itu dikurniakan empat cahaya mata perempuan.
Fizz Fairuz Sebak, Syukur Almy Nadia Tampil Berhijab. Terdahulu Penampilan pelakon, Datin Almy Nadia ketika bercuti bersama keluarganya di Genting Highland baru-baru ini menjadi perhatian apabila tampil berhijab. Terbaru, suaminya yang juga pelakon Datuk Fizz Fairuz memuat naik satu perkongsian meluahkan rasa syukur isterinya kini berhijab. Menerusi entri itu, Fizz syukur dan sebak sehinggakan tiada kata untuk diungkapkan. Dalam video dikongsikan, Almy dilhat tampil manis menyarung tudung bawal hijau. Perkongsian Fizz itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut meluahkan rasa syukur serta memuji Almy yang cantik bertudung. Kredit, mstar