Sanggup menjaga sendiri dan enggan anak-anak membesar di tangan orang lain menjadi sebab pelakon Anzalna Nasir tidak terlibat dengan projek drama. Ujar Anzalna atau nama lengkapnya Nur Anzalna Mohd. Nasir, 34, tidak kira sama ada menggunakan perkhidmatan pembantu rumah ataupun tidak, tugas menjaga anak-anak tetap dilakukan sendiri bersama suami.
“Ada pembantu rumah atau tak, tugas menjaga anak 100 peratus pada saya dan suami. Tak mahu anak membesar di tangan orang lain. Punca kenapa saya tak berlakon drama,” katanya. Pada masa sama, pelakon drama Memori Cinta Suraya itu mengakui, menjaga anak-anak sehingga terpaksa meng.0rbankan waktu tidur setiap hari disifatkan sebagai satu kepenatan yang memuaskan. Segala kepenatan dilaluinya berbaloi kerana bagi Anzalna, dia dapat melihat kedua-dua anaknya membesar di depan mata sendiri.
“Saya masih suka bergelar seorang ibu. Penat yang puas! Dapat tidur tiga jam, bangun pagi tetap bertenaga bila tengok muka anak-anak. Paling seronok, bila mereka dah besar nanti boleh cerita ragam dari bayi sampailah ke besar sebab kita sendiri yang menjaga mereka,” katanya.
Malah, Anzalna mengakui pengalaman membesarkan sendiri dua anaknya memberi cabaran tertentu tetapi dia sangat mengagumi semangat ibunya yang menjaga dia dan empat adik-beradiknya yang lain tanpa pembantu. “Anak dah dua ni kecoh juga! Baru dua orang tau. Kadang terfikir macam mana mak saya dan ayah jaga kami lima beradik tanpa pembantu. Hebat!” ujarnya. Anzalna yang mendirikan rumah tangga bersama suaminya, Hanif Zaki pada 2016 dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Mohamad Eidress, 3, dan Mohamad Emirhan yang dilahirkan pada 20 Mei lalu. Sumber, K!Online