Khairul Aming tampil bertutur dalam Bahasa Melayu di Tiktok For You Stage di Indonesia buat ramai bangga

Memang tak asing lagi kita dengan individu ini. Usahawan terkenal, Khairul Aming, wakil dari Malaysia yang menghadiri satu majlis Tiktok For You Stage di Indonesia pada minggu lalu menerima pujian daripada warganet apabila menggunakan Bahasa Melayu sepenuhnya ketika memberi ucapan.

Raih inspirasi dari ‘followers’

Menerusi video yang dimuat naik oleh usahawan yang berusia 30 tahun itu, dia berkongsi kisah inspirasi sehingga berjaya seperti pada hari ni ketika di majlis tersebut.  Tambahnya, kejayaan yang diraih berkat sokongan pengikutnya di media sosial. Saya buat video masak dah 5 tahun. Ada yang menggunakan video masak itu untuk keluarga, di rumah sewa, dan ada juga yang menggunakan video saya untuk ‘business’ dari rumah. Kisah-kisah ini semua lah yang memberi inspirasi kepada saya walaupun video itu hanya berdurasi satu minit.

Guna Bahasa Melayu buat warganet bangga

Berikutan itu, para warganet amat berbangga dengan Khairul Aming kerana tidak melupakan Bahasa Melayu ketika di negara orang. Tiktok For You Stage di Indonesia bertujuan untuk menghargai para ‘creator’ yang telah menghiburkan dan menginspirasi masyarakat di Tiktok. Majlis ini turut dihadiri Nelysa Norazalan, Nuha Bahrin dan Naufal Azrin. Sumber, oh bulan

Memang tak asing lagi kita dengan pemuda ini. Sejak beberapa tahun lalu, nama pengsohor Khairul Aming cukup terkenal dalam kalangan pengguna media sosial. Masakan tidak, bermula dengan memperkenalkan video-video resepi setiap kali tibanya bulan puasa, nama Khairul Aming dalam bidang kulinari semakin memuncak selepas pelancaran produknya, Sambal Nyet. Lebih istimewa, jenama Sambal Nyet keluaran Khairul Aming begitu laris di pasaran, sehinggakan ia habis dijual setiap kali stok-stok baharu ditambah di pelantar beli-belah online.

Terkini, menerusi perkongsian terbaharu di Twitter, Khairul Aming mendedahkan yang penjualan Sambal Nyet miliknya telah mencecah sehingga 1 juta botol selepas setahun setengah diperkenalkan. “Selepas setahun setengah beroperasi, alhamdulillah hari ni jualan Sambal Nyet telah mencecah 1,000,000 botol dan menjadikan jualan keseluruhan sambal sebanyak RM14 juta. “Kalau sebelum ini, kita masak dan jual dalam 200 botol sambal sehari. Kini, boleh naik sehingga 5,000 botol sambal sehari. Team kami juga sudah berkembang daripada lapan kepada 50 orang,” katanya.

Dalam pada itu, Khairul Aming turut memberitahu yang dia bakal menambah sebuah lagi kilang di Kota Bharu, Kelantan seluas 22,000 kaki persegi tidak lama lagi. “Kita akan tambah sebuah lagi kilang di Kota Bharu, Kelantan dan ia lebih besar berbanding kilang sebelum ini. “Kilang kedua ini digunakan untuk naikkan lagi production Sambal Nyet dan juga dijadikan sebagai tempat persediaan untuk produk kedua nanti. Sedikit sebanyak diharapkan dapat naikkan ekonomi lokal di sini,” tutup Khairul Aming. Sumber, gempak

Exit mobile version