Tidak serik buat ‘hal’ di media sosial, kali ini nama usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri menjadi sebutan ramai sekali lagi apabila berjoget bersama dua orang anaknya iaitu Qadejah dan Ammar Ahyyan. Rakaman berdurasi beberapa saat itu memaparkan Aliff Syukri seronok berjoget, namun kedua-dua anaknya kelihatan terpaksa melayan, malah berasa malu melihat kelakuan bapa mereka.
Bukan saja perlu akur melayan karenah bapanya, tetapi Aliff turut memarahi Qadejah kerana enggan menari bersama serta malu-malu. Tindakan yang dilakukan oleh usahawan tersebut sememangnya mengundang kritikan serta ramai berasa simpati terhadap anak-anak kerana bapa berperangai seperti sedemikian.
Komen warganet,
“Kena Paksa”
Bukan saja ramai meluahkan rasa simpati terhadap Qadejah dan Ammar kerana terpaksa akur, malah warganet turut pertikai tindakan Aliff menari seperti itu apabila berada di hospital. Boleh tengok video di Tiktok Aliff Syukri. Sumber, BeautifulNara
Bimbang kesihatan isteri, Aliff Syukri dedah sekiranya tak berjaga jaga perlu paksa lahirkan anak dalam kandungannya
Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri bimbang akan kesihatan isterinya, Datin Seri Shahida yang kini sedang hamil dan mengalami placenta previa atau uri di bawah. Lebih mengejutkannya lagi, jika Shahida tidak berjaga-jaga dalam kehamilan kali keenam ini, bayi dalam kandungannya boleh dipaksa untuk keluar.
“Bahaya sebab tekanan udara lagi sebabkan bleeding nanti kena paksa lahirkan baby,” kata Shahida. Aliff mendedahkan perkara itu dalam satu paparan skrin mesej perbualannya dengan isterinya di aplikasi WhatsApp. Paparan skrin itu dimuat naik ke satu kemas kini di akaun Instagram miliknya.
Dalam kapsyen entri itu, Aliff meminta agar mendoakan agar urusannyta dan isteri dipermudahkan sehingga mereka menimang cahaya mata mereka kelak. “Ya Allah ya Tuhanku kau permudahkanlah segala-galanya.. banyak event terpaksa saya cancel. Jujurnya saya tidak ada pengalaman placenta atau rahim kebawah untuk anak-anak saya seblum ni..
“Pendrhan dah berkali-kali berlaku dan doctor nasihat jangan berjalan lngsung.. padahal wife saya jalan pun guna kerusi roda kemana sahaja.. “Siapa ada pengalaman macam ni..dan apa patut saya buat untuk baby dan wife @shahidadherbs sy selamat?,” tanyanya.
Aliff mendirikan rumah tangga dengan bekas penyanyi nasyid, Datin Seri Shahida pada Ogos 2007. Pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawy dan Raudhah Arsyiah serta seorang anak angkat. Sumber, Gempak