Sampai ramai yang tak sedar kan diri kerana bersesak, Pesta Muzik terbesar Indonesia terpaksa dibatalkan

Umum memang tak asing lagi kita isu yang berlaku di negara jiran. Kesesakan penonton di festival muzik Berdendang Bergoyang. Festival muzik Berdendang Bergoyang yang diadakan di Istora Senayan, Jakarta, Indonesia terpaksa dihentikan atas faktor keselamatan. Acara muzik ini yang sepatutnya berlangsung selama tiga hari terpaksa dibatalkan pada hari ketiga gara-gara puluhan penonton dilaporkan pengsan pada Sabtu lalu.

Menurut laporan CNN Indonesia, festival muzik berkenaan dikatakan terlalu sesak dengan penonton sehingga menyebabkan ada yang jatuh pengsan. Malah, terdapat beberapa penonton yang mengalami luka-luka kerana bersesak dengan pengunjung lain.

Penonton bersesak di festival muzik yang berlangsung di Jakarta, Indonesia.

Menurut Ketua Polis Metro Jakarta Pusat, Kombes Komarudin, disebabkan situasi tidak terkawal festival yang sepatutnya berakhir pada pukul 11 malam terpaksa dihentikan sejam lebih awal. “Acara festival muzik Berdendang Bergoyang yang dianjurkan di Istora terpaksa kami batalkan kerana kapasiti penonton yang berlebihan dan membahayakan,” katanya.

Padi Reborn antara penyanyi yang beraksi di festival muzik berkenaan.

Dalam pada itu, satu kenyataan rasmi telah dibuat menerusi laman rasmi Instagram festival muzik berkenaan dan memohon maaf di atas segala kesulitan. Pemulangan semula wang pembelian tiket telah dimaklumkan pada petang Ahad. “Kami memohon maaf atas kekecewaan dan harapan penonton seluruh rakyat berdendang. “Kami sedar dan menerima semua kritikan untuk melakukan yang terbaik pada masa hadapan,” tulis mereka.

Untuk info, festival ini diadakan selama tiga hari bermula sejak Jumaat dan berakhir pada Ahad. Antara pemuzik popular yang menjayakan festival ini termasuk Tulus, Padi Reborn, Melly Goeslaw, Ungu, Rossa, Rizky Febian, D’Masiv dan ramai lagi. Sumber, mstar

Exit mobile version