Penyanyi Elly Mazlein menganggap diri wanita bertuah dengan kehadiran Mohamad Azlan Che Nuh sebagai teman hidup yang membolehkannya mengecap kebahagiaan semula. Dia bersyukur dengan nikmat yang dikurniakan Allah apabila menggantikan seorang suami terbaik sebagai ketua keluarga kecil mereka. “Saya bersyukur sangat sebab Allah gantikan suami yang sangat baik. Saya tak pernah merasa rasa apa yang suami buat sekarang sama ada untuk saya, anak dan bapa saya. Penyanyi dan pelakon, Elly Mazlein atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi berkongsi kisah suka dvka liku-liku kehidupannya ketika diundang sebagai tetamu jemputan rancangan Keringat Selebriti, di Awesome TV. Mengulas mengenai kehidupannya kini, Elly akui bertuah kerana dikurniakan suami terbaik di matanya kini.
“Arwh Mama pernah pesan, walaupun suami kita suka makan Mi Segera hari-hari, dia cakap tak apa masak Mi Segera pun tak apa. Tapi kita sebagai seorang isteri, tak boleh macam itu. Kita kena siapkan yang terbaik untuk suami kita, kalau kita dah cuba buat yang terbaik tapi bukan rezeki kita dengan suami kita, maknanya itu bukan jodoh kita. Saya dah cuba buat yang terbaik, mungkin bukan rezeki dan jodoh saya. “Saya bersyukur sangat sebab Allah gantikan suami (Azlan) yang sangat baik. Saya tak pernah rasa apa yang suami saya buat ni untuk saya, anak dan bapa saya. “Anak saya Sefhia tak pernah rasa sentuhan, belaian seorang bapa dan saya pun tak pernah rasa berjalan dengan suami dan anak, saya tak pernah rasa semua tu sebelum ini. “Tapi Alhamdulillah Allah bagi saya peluang itu, dan saya tak minta apa-apa dengan suami. Saya cuma minta dia bahagia dengan saya, bertanggungjawab, sayang saya, anak dengan bapa saya dan kesetiaan dia,” luahnya sambil menitiskan air mata.
Pasangan berkenaan dikurniakan seorang putera bernama Haider Mateen, empat bulan. Sebelum ini Elly, 41, pernah berdepan kehancuran rumahtangga dengan pengarah, Azmi Hatta pada tahun 2015 iaitu tidak sampai setahun berkahwin hingga meraih perhatian ramai. Mereka berpisah ketika dia sedang hamil anak pertama, Putri Sara Sefhia yang pada waktu itu baru empat bulan dalam kandungan. Kini Sefhia sudah mencecah usia enam tahun. Pada masa, pelakon dan pengacara itu juga melihat segala yang berlaku dengan berlapang dada malah semakin reda dengan ketentuan takdir. “Kita kena siapkan yang terbaik untuk suami. Tapi kalau kita sudah cuba, tapi bukan rezeki dengan suami bermakna itu memang bukan jodoh kita.
“Saya sudah buat yang terbaik, jadi mungkin bukan rezeki serta jodoh saya,” luah pemilik nama sebenar Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi itu lagi dengan tenang. Apa Kata Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!! PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.