Kalau bab anak ni memang sensitif, ini pula luahan dari Haris lepas tular isu pasal Bilal baru baru ni

Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail dan isteri, Neelofa difahamkan sedang bercuti di Pulau Langkawi bersama anak mereka, Muhammad Bilal sejak Khamis lalu. Menerusi perkongsian di Instagram (IG), Haris, 27, berkongsi status meluahkan rasa sayang terhadap anak lelakinya itu. Dalam hantaran tersebut, pemilik nama Muhammad Haris Mohd Ismail berasa kecewa apabila Bilal menjadi ‘permainan’ warganet sejak tersebar foto di TikTok. Haris atau dikenali sebagai PU Riz turut memuat naik foto sedang meriba sambil menyusukan Bilal. Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut memberi kata semangat kepada Haris dan Neelofa supaya kuat menghadapi dugaan Allah SWT. Di samping, peminat turut menitipkan doa agar Bilal membesar menjadi anak yang soleh.

Pada Khamis lalu, Neelofa mengejutkan ramai apabila memuat naik video berdurasi 1 minit dan 44 saat dalam akaun Instagramnya yang memaparkan koleksi wajah Bilal sejak dilahirkan sehingga kini. Sebelum ini, isu wajah Bilal menjadi topik hangat apabila terdapat seorang pengguna TikTok memuat naik gambar yang diambil tanpa izin. Pemilik nama Noor Neelofa Mohd Noor akui tersinggung dengan perbuatan itu selain sedih apabila ada pihak bertindak menyunting foto Bilal sehingga mengundang komen tak elok. Laman TikTok kecoh apabila ada seorang wanita ‘berani mt’ memuat naik wajah anak kepada selebriti Neelofa iaitu Muhammad Bilal. Ketika ditemui, Neelofa akui sedih dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang menyebarkan wajah Bilal kepada umum. Tegas usahawan berumur 33 tahun ini, perbuatan itu langsung tidak menghormati perasaan dia dan suami, Haris Ismail yang juga merupakan pendakwah bebas.

Macam inilah, sebagai seorang ibu semestinya benda tu (kongsi wajah) menyinggung perasaan saya. Kalau anda semua nampak Bilal di luar, tak akan saya nak sorok muka. Kalau anda kongsikan di media sosial, seperti tak hormati saya. Saya tak pernah halang ketika di luar. Kenapa anda nak buat tindakan selanjutnya sedangkan saya belum lagi buat? Neelofa berkata demikian ketika ditemui di sidang media program Next To Neelofa 2 yang diadakan di Astro, Bukit Jalil, pada Selasa. Next To Neelofa musim kedua menampilkan Datin Noor Kartini, Datin Lisa Surihani, Diana Amir, Puteri Sarah Liyana, Tya Ariffin, Ziana Zain dan Ustazah Oki. Seorang anak yang masih kecil menjadi bahan suntingan dan buah mulut warganet hanya kerana ibunya seorang selebriti popular bernama Neelofa. Jika bukan anak Neelofa mungkin warganet tidak ambil pusing.

Tidak kira anak siapa sekalipun, itu bukan ‘tiket’ untuk kita mengkritik seseorang apatah lagi pada usia bayi. Jangan hanya kerana kita tidak menyukai seseorang, kita boleh membuat sesuatu sesuka hati untuk menyakitkan hatinya. Tetapi itulah realiti yang berlaku di dalam media sosial sekarang. Bukan sahaja selebriti atau influencer atau pesohor media sosial yang menjadi sasaran kritikan, malah orang biasa juga tidak akan terlepas daripada menjadi bahan warganet. Kritik dahulu baru fikir kesannya. Lebih mudah lepas buat kemudian minta maaf. Agak sukar sebenarnya untuk mendidik orang ramai menggunakan media sosial secara berhemah.Hanya mereka yang berhati kental yang akan survive dalam dunia maya. Jika tidak kuat pasti mental akan terganggu. Cuma harus ingat dalam keadaan nak tinggalkan komen, memuat naik sesuatu jangan sampai kita lupa negara ini mempunyai undang-undang.

Selebriti popular, Noor Neelofa memberitahu dia akan memberi tempoh sedikit masa lagi sebelum berhijrah ke tanah Arab. Neelofa, 33, berkata sekurang-kurangnya dia ke sana apabila bayinya, Muhammad Bilal yang kini berusia lima bulan sudah mula boleh bertutur. “Insya-Allah jika ada rezeki, mungkin kami akan ke sana pada awal atau pertengahan tahun depan. Paling lama pun mungkin setahun kami akan menetap di sana. “Bila sudah ada anak, kami cuba untuk teroka mana-mana peluang lain yang ada. Insya-Allah, kalau semua okey, kita akan ambil kursus jangka pendek saja. “Kalau boleh saya nak tunggu Bilal sudah tahu bercakap sikit, sekurang-kurangnya dia pun dapat belajar bahasa Arab ketika berada di sana nanti,” beritahunya kepada Astro Gempak. Pun begitu, Neelofa dan suami PU Riz masih belum mempunyai kata putus dalam pemilihan lokasi sama ada Madinah atau Mesir untuk menyambung pengajian.

Neelofa ditemui selepas pelancaran Naelofar X Disney Alice in Wonderland di pusat membli belah, IOI Mall Putrajaya pada Khamis. Sementara itu, berkongsi mengenai koleksi Naelofar x Disney Alice In Wonderland, Neelofa teruja menjalin kolaborasi kedua dengan Disney selepas koleksi Naelofar X Disney Little Mermaid, beberapa bulan lalu. “Ketika koleksi Little Mermaid dilancarkan Februari lalu, saya tidak dapat hadir kerana sedang berpantang. “Jadi sudah tentu saya teruja untuk melancarkan koleksi kali ini,” katanya yang terbabit dalam kerja rekaan koleksi berkenaan. Sekadar info, Neelofa dan Haris mendirikan rumah tangga pada 27 Mac tahun lalu. Pasangan itu selamat menimang cahaya mata pertama pada 29 Januari 2022. Sumber, Instagram @hrisbismail

Exit mobile version