Tular di media sosial Nad Zainal dan Ungku Ismail bercuti bersama, Sekali Fadzil Zahari komen sesuatu buat ramai terhibur

Sebelum ini kecoh di media sosial mengenai berita kononnya Nad Zainal dan Ungku Ismail keluar negara untuk bercuti bersama. Mengulas kepada isu tersebut, pelakon Nad Zainal menafikan dakwaan bahawa dia pergi bercuti bersama pelakon Ungku Ismail ke luar negara seperti yang hangat diperkatakan warganet baru-baru ini. Memetik BH Online, Nad berkata dia pergi ke destinasi percutian ke Bali itu atas urusan kerja dan turut ditemani pembantu peribadinya.

Berkongsi Pemikiran Dan Visi Yang Sama

Mengulas keselesaan berkawan rapat dengan Ungku Ismail yang juga pelakon drama rantaian, Teman Lelaki Upahan itu, Nad mengaku serasi secara semula jadi kerana mereka berkongsi pemikiran dan visi sama. Malah, akui Nad, mereka merancang pelbagai projek yang akan diusahakan bersama pada masa akan datang.

Fadzil Zahari Beri Pesanan

Perkongsian mengenai urusan kerja diluar negara antara Nad dan Ungku Ismail telah mendapat perhatian daripada Fadzil Zahari. Melihat di ruangan komen di Facebook, Fadzil turut memberikan pesanan kepada Nad dan Ungku Ismail untuk pulang ke Malaysia apabila tiba masa untuk mengundi. Komen Fadzil tersebut turut mendapat maklum balas dari warganet. Kelihatan sebanyak 64 komen balas terhibur dengan kenyataan Fadzil dan 1.2k ‘likes’ di facebook.

Tular Cerita Pasal Nad Zainal Pergi Bercuti Dekat Bali, Lama Menyepi Sekali Tuan Badan Tampil Buat Pengakuan Ni. Pelakon Nad Zainal menepis dakwaan bercuti bersama pelakon dan pengarah, Ungku Ismail Ungku Abdul Aziz di Bali seperti yang hangat diperkatakan warganet, baru-baru ini. Tidak berniat menyembunyikan situasi sebenar, Nad menjelaskan, pemergiannya ke destinasi peranginan itu atas urusan kerja dan ditemani pembantu peribadi. “Saya hendak tegaskan kami pergi untuk bekerja. Saya tidak pergi berseorangan. Sebaliknya, ditemani pembantu peribadi. “Tidak ada apa yang perlu kami sembunyikan. Kami pergi ke luar negara pun rasanya ramai yang sudah tahu. “Ini kerana kami kongsi perkara itu dalam media s0sial. Lagipun, kami bukannya bercinta sampai tahap hendak ‘cover line’ (berselindung). “Kita memang sengaja bersikap terbuka kerana kami mahu orang tengok,” katanya.

Mengulas keselesaan berkawan rapat dengan Ungku Ismail yang juga pelakon drama rantaian, Teman Lelaki Upahan itu, Nad atau nama sebenar, Farah Nadia Zainal Abidin mengaku serasi secara semula jadi kerana mereka berkongsi pemikiran dan visi sama. Malah, akui Nad, mereka merancang pelbagai projek yang akan diusahakan bersama pada masa akan datang. “Sepatutnya, sebelum ini, kami ada projek bersama tetapi tidak menjadi. Kami mula rapat selepas berlakon dalam telefilem Cina Buta. “Selepas itu, dia tawarkan saya bekerjasama dalam projek travelog yang akan ditayangkan di YouTube. “Projek travelog itulah yang membuatkan kami mengunjungi Bali. Mungkin selepas ini, kami akan pergi ke Phuket dan Seoul, Korea Selatan untuk tujan sama. “Selain itu, kami merancang membuka syarikat produksi dan terbitkan drama bersama.

“Kami cepat serasi kerana kami berkongsi misi dan visi sama. Pemikiran kami serupa, jadi kami tidak ada banyak masalah untuk bekerjasama,” katanya ditemui pada majlis pelancaran filem Denu di sebuah hotel di sini, semalam. Filem berkisar kehidupan Primadona Mak Yong itu diarahkan Datuk Ahmad Tarmimi Siregar. Selain Nad yang memegang watak Asmah, filem menelan kos RM1.8 juta dibintangi pelakon handalan seperti Sabri Yunus, Hairi Safwan, Che Kem, Azman Hassan dan ramai lagi. Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!  Sumber, BH. PERHATIAN, Pihak kami tidak akan ber tanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggung jawab anda. Sementara itu, anda boleh baca juga kisah kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.

Exit mobile version