Memag tak asing lagi kita dengan individu ini. Pernah dibandingkan dengan bekas pelakon Diana Amir, usahawan terkenal Neelofa mengakui dirinya masih banyak kelemahan dan tidak sempurna. Berharapkan orang ramai mendoakannya, Neelofa berkata dia sentiasa ingin mencuba sedaya upaya untuk memperbaiki diri menjadi lebih baik. “Saya tengok beberapa kisah atau perjalanan hidup orang di sekeliling yang saya kenal, kehidupan mereka lepas jauh lebih tidak manis daripada kehidupan saya.
Luahnya lagi “Tapi bila Allah pilih dan ubah dia, kadang-kadang kita tak tahu sebenarnya Allah ubah dia jauh lebih baik daripada saya. Bukan nak cakap fasal Diana Amir tapi orang lain. “Jadi, isu saya dengan Diana Amir sekiranya anda nampak saya ini tidak sempurna, tidak baik, masih lagi banyak kelemahan, apa yang anda boleh lakukan adalah sama-sama mendoakan dan cakap benda baik-baik. “Sudah tentu saya bukannya seorang yang alim, soleh, cukup ilmu tinggi… tidak. Tapi saya di sini cuba sedaya upaya saya berusaha.
Terang Lofa lagi “Setakat yang saya mampu untuk jadi orang baik dari dulu. But I am not the most perfect person yang anda semua expect saya jadi macam itu,” katanya kepada Gempak. Sebelum ini, penampilan Neelofa ketika bertemu dengan Diana Amir untuk program Next To Neelofa mengundang pelbagai reaksi warganet yang membandingkan permakaian mereka berdua. Segelintir warganet berpendapat bahawa cara pemakaian Diana adalah gaya yang sebaiknya yang dilihat tidak terlalu berlebihan atau berfesyen berbanding Neelofa. sumber, gempak
Ibu Dedah Kisah Sebenar Percintaan Neelofa Dan Haris, Sekali Ini Yang Ibu Neelofa Dedahkan. Datin Noor Kartini Mohamed atau lebih dikenali sebagai Noor Kartini merupakan ibu kepada selebriti terkenal tanah air iaitu Neelofa. Dia juga merupakan pengasas kepada produk Young&Glow Foundation. Ibu Neelofa merupakan salah seorang tetamu jemputan ke rancangan ‘Next To Neelofa” musim kedua. Dalam rancangan tersebut, dia telah membongkarkan perkara yang berlaku antara Neelofa dan Haris.
“Suka Dekat Haris”
Semasa sesi perkongsian dalam rancangan tersebut, Kartini telah menceritakan perkara sebenar yang berlaku semasa sesi pembelajaran. Katanya, kakak Neelofa iaitu Nabila telah mengadu kepadanya dan mengatakan bahawa Neelofa suka kepada Haris. Nabila mari kat mama, dia kata Fa tu suka kat Haris. – cerita ibu neelofa kepadanya
Kartini mengatakan, sewaktu sesi pembelajaran tersebut, Haris memerlukan pen dan Neelofa sanggup naik ke tingkat tiga semata-mata untuk mengambil pen buat haris. Sebab masa tu tengah belajar, jadi Haris nak pen. Neelofa tu sanggup naik ke tingkat tiga , ambil pen, katanya. Sumber, Murai.my