Pelakon, Oktovia Manrose membuat perkongsian di Instagram mengenai dirinya yang dijemput menghadiri majlis maulid yang dianjurkan oleh pendakwah bebas terkenal, Ustazah Asma Harun, baru-baru ini.
“Jemputan Last Minute Tapi Allah Permudahkan..”
Menurut Oktovia, dia mendapat jemputan tersebut pada saat akhir dan bersyukur apabila segalanya telah dipermudahkan Allah SWT. “Alhamdulillah rasa bersyukur atas pertemuan baru-baru ini di majlis maulid akhbar yang dianjurkan oleh @ustazahasmaharun. Jemputan last minute tapi Allah permudahkan. Majlis yang sangat mengesankan kepada semua yang hadir.”-Kongsi Oktovia
Kagum Dengan Sikap Ustazah Asma
Tambahnya lagi, pelakon ini turut meluahkan rasa kagum dengan sikap Ustazah Asma yang sangat merendah diri, serta menitipkan harapan agar menjadi asbabnya untuk kekal istiqomah. “MasyaAllah. Ustazah yang sangat baik, sangat humble. Semoga menjadi asbab saya kekal istiqomah. Tariklah saya dan kami semua ke syurga Allah Ustazah.”Tulis Oktovia. Alhamdulillah, sama-samalah kita semua ke arah kebaikan. Sumber, Murai.my
Ustazah Asma Harun Tampil Jelaskan Perempuan Bertudung Dan Menutup Aurat Boleh Melakukan Aktiviti Berkaitan Wanita
Umum kita kenali dengan ustazah Asma harun ini. Tular isu penampilan pesilat negara wanita bertudung, penceramah jelaskan bahawa berhijab dan menutup aurat tidak mengganggu aktiviti wanita Tular baru-baru ini di media sosial tentang penampilan pesilat negara wanita, Merrywati Manuil mengenakan hijab ketika menyertai kejuaraan Pencak Silat Dunia ke-19 di Ayer Keroh, Melaka.
Terbukti Hijab Dan Menutup Aurat Tidak Jejas Aktiviti Wanita
Melihat penampilan yang dibawa wanita kelahiran Sandakan, Sabah ini secara tidak langsung membuka mata kaum hawa bahawa penampilan sopan dan menutup aurat tidak sesekali menjejaskan sebarang aktiviti yang lakukan wanita. Malah pendakwah, penceramah dan juga penulis buku terkenal tanah air, ustazah Asma’ Harun juga mendedahkan bahawa imej bertudung yang dibawa Merrywati membuktikan bahawa menutup aurat tidak mengganggu wanita dalam sebarang urusan kerja yang dilakukan.
Katanya “Jika kita perhatikan wanita ini bukan beragama Islam, tetapi hatinya turut merasa selesa mengenakan tudung yang menjadi kewajipan buat wanita Islam. Malahan, dia sanggup mengenakannya dalam lapangan silat yang kita tahu memerlukan pergerakan yang aktif dan lincah. Allahuakbar, ini menjadi bukti bahawa dengan bertudung dan menutup aurat tidak menyekat seseorang wanita itu untuk melakukan apa jua aktiviti termasuklah aktiviti lasak sekalipun.” Coret beliau
Inspirasi Buat Kaum Hawa
Ustazah Asma juga mengatakan dalam coretan yang dimuatnaik di Instagram beliau, bahawa penampilan yang dibawa pesilat negara wanita ini boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi bagi menyuntik semangat kaum hawa untuk istiqamah dalam menutup aurat. “Sahabat semua, jadikan kisah ini satu suntikan semangat dan inspirasi buat kita untuk terus istiqamah menutup aurat dengan sempurna. Besar ganjaran buat mereka yang istiqamah di jalan kebaikan.” Coretnya lagi
Sekadar info, pesilat negara wanita iaitu Merrywati Manuil mendedahkan di laman Facebook-nya mengenai penampilan berhijab yang dikenakan semasa kejuaraan Pencak Silat Dunia baru-baru ini adalah kerana atas dasar hormat beliau terhadap seni persilatan Melayu. Sumber, murai