Baru je tampal sesuatu di lehernya sampaikan dapat teguran ramai, sekali ini respon padu Aaron Aziz

Ketika ini, pelakon popular, Datuk Aaron Aziz dikhabarkan sedang giat menjalani latihan intensif sebagai persediaan sebelum memulakan penggambaran bagi filem The Original Gangster arahan pengarah sensasi, Syamsul Yusof. Malah, menerusi sebuah hantaran di Instagram, Aaron turut berkongsi video yang memaparkan dirinya baru sahaja selesai menampal tattv palsu di lehernya.

Bagaimanapun, video tersebut nyata mengundang rasa kurang senang di hati segelintir pihak selepas ada yang mendakwa terdapat lambang salib pada tattv berkenaan. Bagi mengelakkan kekeliruan, Aaron telah pun memuat video penjelasannya di akaun Tik Tok miliknya. Jelas Aaron, lukisan tersebut bukanlah lambang salib sebaliknya ia merupakan gambar pisau jenis dagger.

“Itu bukan salib, itu dagger. Korang ingat aku ni kafir ke apa? Itu pisau. Semua jenis pisau dagger ada batangnya sebegitu,” katanya. Lantaran itu, pelakon asal Singapura ini berharap agar orang ramai tidak membuat andaian melulu berhubung lukisan tattv yang dipakainya itu. Katanya lagi, dia juga masih tahu menjaga batasnya sebagai seorang muslim.

“Lainlah kalau saya pakai pisau butter yang korang guna untuk sapu nuttella, peanut butter dan jam tu. Takkan nak pakai pisau tu. Bukalah minda dan husnuzon sikit,” kongsinya lagi. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet terhibur dengan respon tersebut selain turut menyatakan rasa tidak sabar untuk menonton filem The Original Gangster. Baru-baru ini, Syamsul mengumumkan The Original Gangsters yang bakal mencipta sejarah sebagai filem aksi termahal tanah air. Selain Aaron, filem ini turut menampil barisau pelakon-pelakon hebat seperti Beto Kusyairy, Sharnaaz Ahmad, Shaheizy Sam, Rosyam Nor dan Syamsul sendiri. Sumber, Awattsyeikh.com

Exit mobile version