Umum memang semua kenali dengan penyanyi ini. Penyanyi Tomok menafikan kebajikan isteri dan anak-anaknya kini terabai setelah menyertai program realiti Gegar Vaganza musim ke-9. Kata Tomok, dia tidak mahu terlalu fokus kepada kerjaya dan persaingannya dalam program berkenaan dan cuba untuk membahagikan masa dengan sebaik-baiknya di antara kedua-dua komitmen itu. Bapa kepada tiga anak ini juga tetap ingin memberikan persembahan terbaik selain kekal bertanggungjawab sebagai ketua keluarga.
Ini Rospen balas dari Tomok
Terang Tomok “Saya akan pastikan ada masa untuk fokus persediaan, selain memberikan perhatian kepada isteri dan anak-anak dengan membawa mereka berjalan-jalan. GV menuntut komitmen yang sangat tinggi. Saya tidak mahu kerana terlalu fokus kepada GV, saya hilang tumpuan terhadap keluarga. Semua penting dan saling melengkapi” – Tomok
Menganggap saingan di GV bukanlah tugas mudah, Tomok dalam konsert minggu ke-6 telah memperoleh kedudukan selesa setelah menerima markah tertinggi untuk persembahan lagu Everybody nyanyian asal kumpulan Backstreet Boys. “Saya tidak simpan taring untuk minggu terakhir kerana saya anggap setiap minggu adalah malam finale. Apa yang ada, saya bagi semua. Semua peserta hebat-hebat, jadi ia persaingan sihat untuk saya” ujarnya” – Tomok. Sumber, awatttsyeikhh
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.